Ringkas dan Mudah Faham

Aku kerap kali ditanya dengan soalan, “Macamana AE boleh beli banyak rumah sedangkan AE kata gaji AE kecik masa mula-mula melabur dulu?”.

Dan sepertimana yang sering saya kongsikan kepada peserta kelas hartanah saya, “Semuanya disebabkan saya tunjukkan income sampingan saya kepada banker dan pastikan setiap sumber pendapatan tersebut disertakan dengan bukti hitam putih”. Sepertimana gambar (kredit gambar  follower FBku : Nekmatuzzura Ubaidari), inilah contoh nota ringkas yang seringkali aku berikan kepada bankerku dahulu.

Nota buat Banker

Ringkas dan mudah faham. Itu ayat yang sering diucapkan oleh bankerku, Naharul Irwan ketika itu usai beliau menerima nota sebegini dari aku. Hasilnya, kelulusan diperolehi tanpa banyak soal.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai pelbagai sumber income, sediakan nota ringkas seperti ini bagi memahamkan banker anda. Terpulang kepada mereka sama ada untuk menerimanya atau pun tidak kerna setiap bank mempunyai prosedur kelulusan yang berbeza untuk setiap permohonan. Jika anda tidak bernasib baik, teruskan mencari bank yang mampu menghadirkan berita baik buat anda.

6 Comments

  1. Synchro August 1, 2016
  2. Noriza Rahman August 2, 2016
  3. KERETA SEWA SUBANG August 6, 2016
  4. ahmad hasif August 15, 2016
  5. palm homestay putrajaya August 23, 2016
  6. Kereta Sewa Shah Alam August 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge