RPGT Naik Menguntungkan Pelabur ‘Seasonal’

 

Rata-rata daripada anda pastinya telah sedia maklum tentang kenaikan Real Property Gain Tax (RPGT) malah aku yakin berita tentang kenaikannya telah pun diketahui lebih awal lagi, yakni sebelum pembentangan Bajet2014 tempohari. Sepertimana anda yang telah mengetahuinya dengan lebih awal, aku turut tidak terkecuali. Berita tersebut telah aku gunakan di dalam menyusun strategi buat tim pelaburan aku bagi mendapatkan lebih banyak hartanah below market di dalam tempoh 2 bulan terakhir ini. Alhamdulillah, strategi kami telah menampakkan hasil tatkala beberapa jenis hartanah telah mula dikenal pasti diiklankan oleh para flipper yang terdesak. Moga-moga ‘harga impian’ kami berjaya diperolehi tak lama lagi.

RPGT Naik 1

Untuk tidak bersikap mementingkan diri, sebaik sahaja selesai urusan penghebahan intipati Bajet2014 di dada-dada akhbar, ‘strategi’ kami telah aku bongkarkan di dinding Facebook aku (sila rujuk screen shot di bawah), berbeza dari kebanyakan mereka yang lebih suka mengulas dan melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap intipati Bajet tersebut. As for me, aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubah Bajet tersebut (buat masa ini), jadi the only way yang mampu aku fikirkan ialah bagaimana aku mampu menukarkan ‘masalah’ di dalam Bajet tersebut kepada peluang untuk aku membuat lebih banyak ‘harta’ kerana bagi aku, setiap masalah pastinya akan wujud peluang buat mereka yang opportunist.

Do I giving a clue here?

Do I giving a clue here?

Oleh itu, buat anda yang sering meragui kewujudan rumah-rumah below market, inilah peluang untuk anda mencarinya dan antara tips yang boleh aku kongsikan untuk mengenal pasti kelompok ‘flippers‘ ini ialah :

  • Diiklankan oleh para ‘newbie’ di dalam industri hartanah
  • Ianya mestilah iklan-iklan jualan untuk hartanah yang baru sahaja siap
  • Harga yang tidak begitu tinggi dari nilai pasaran

Moga tips di atas dapat membantu anda mencari ‘permata’ yang terpendam ini.

AE : Kenapa 20% dan bukannya 25% atau 30% menjadi benchmark harga rundingannya? Biarlah ia menjadi rahsia aku.. hehehe.

4 Comments

  1. Anuar October 29, 2013
  2. Farid Adam October 29, 2013
  3. hafizrahim October 29, 2013
  4. eyriqazz October 29, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge