Sabtu Yang Penat

18 Jun 2016

Jam 5 pagi aku sudah terpacak menunggu Melastik Bintang bersiap untuk ke KLIA2.

Untuk apa ke KLIA2?

Pastinya untuk menaiki pesawat awal pagi untuk Jelajah Hartanah tahun ini.

Di mana pula destinasi kali ini?

Pulau Mutiara, Pulau Pinang.

Buat pertama kalinya bersempena dengan bulan puasa, kami cuba untuk melangsaikannya di dalam 1 hari. Pergi dengan pesawat awal pagi dan bergegas pulang seusai seminar berakhir. Hasilnya, aku yang sememangnya bersengkang mata malam sebelumnya ternyata lelah sepanjang perjalanan. Aku sangkakan mampu untuk melelapkan di dalam penerbangan, sayangnya masa perjalanan yang pendek (40 minit) telah menidakkan hajat aku.

Muka mengantuk

Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, kami bergegas ke Hotel Seri Malaysia Bayan Baru agar kami berada terkedepan dari para peserta. Alhamdulillah, jam 8.40 kami sudah terpacul di pintu bilik seminar Pulau Mutiara. Kelihatan beberapa orang peserta telah pun berada di dalam bilik. Agak mengejutkan, tiada langsung kelibat peserta wanita. Terus semangat ku luntur-seluntur-lunturnya.. hehehe.

Seminar Hartanah Penang

Khalayaknya kecil. Kurang dari 20 orang yang hadir, memudahkan sesi perkongsian ini berlangsung dalam keadaan yang amat santai. Segala ilmu hartanah aku curahkan. Ditambah pula dengan ilmu percukaian sementelah aku baru sahaja diaudit oleh pihak LHDN menjadikan sesi perkongsian ini begitu menarik. Penyudahnya, muka masing-masing kelihatan amat puas sekali.

Seminar Hartanah Penang

Jam 2.30 petang, teksi yang dipanggil oleh pihak hotel menunjukkan kelibatnya dan kami dibawa seawalnya ke airport walaupun masa penerbangan kami masih berbaki 1 jam setengah lagi. Usai solat jama’, kami melangut dalam keadaan yang amat letih. Nasib baik ada awek yang sudi menegurku sementara menantikan ketibaan pesawat. Jangan marah !!

Jam 4.30 (lewat 30 minit) pesawat berlepas dan sepertimana penerbangan pagi, hanya 40 minit masa yang diambil dan sekitar jam 6.00 petang aku sudah berada di pangkuan keluarga aku untuk berbuka.

Sangat-sangat penat tapi seronok.

Terima kasih peserta Penang. Korang memang ohsem.

Seminar Hartanah Penang

2 Comments

  1. Jie Susanos June 24, 2016
  2. Afif Rayyan June 25, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge