• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / penulis jemputan / SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

abangensem · 18 February 2013 · 14 Comments

 

Bersepah sudah maklumat-maklumat tentang cara buat duit dengan menulis. Namun tidak semua maklumat itu boleh dihadam serta merta oleh pembaca. Khususnya apabila maklumat itu bukan ditulis berdasarkan pengalaman tuan empunya badan.

Terdapat 3 teknik mudah yang memang sudah disahkan jadi, untuk kita menjana pendapatan dengan penulisan. 3 teknik itu adalah:

  1. Aku bayar, engkau cerita.
  2. Aku bayar, engkau tolong tulis di tempat aku.
  3. Aku bayar, engkau bagi aku ruang.

Teknik 1 – Aku Bayar, Engkau Cerita

Pemilik-pemilik bisnes sentiasa mencari peluang untuk menghebahkan bisnes mereka kepada khalayak ramai. Antara alternatif yang ada adalah ruangan maya milik golongan manusia yang digelar sebagai blogger.

Biasanya blogger menerima bayaran dalam amaun tertentu untuk menceritakan produk atau perkhidmatan di blog mereka. Dalam bahasa Inggeris, pendekatan ini lebih sinonim dengan sebutan review.

Kita tulis ulasan berdasarkan pendapat peribadi atau skrip yang sudah disediakan, kemudian pemilik bisnes akan lakukan bayaran.

POTENSI: Mampu cecah RM10 hingga RM10,000 untuk satu jenis ulasan produk atau perkhidmatan.

Teknik 2 – Aku Bayar, Engkau Tolong Tulis Di Tempat Aku

Cara ini agak mudah. Kerana kita dibayar berdasarkan skil penulisan sedia ada. Terdapat beberapa golongan yang suka bayar penulis lain, untuk menulis di blog mereka. Antaranya adalah:

  • Pemilik blog yang sibuk.
  • Pemilik blog yang mahu mencari lebih ramai kolumnis.
  • Pemilik blog yang juga pemilik bisnes. Tetapi tidak punya ruang dan peluang untuk letakkan komitmen.

Untuk olahan lebih lanjut (langkah demi langkah untuk bermula), sumber rujukan dalam Bahasa Melayu adalah buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging.

POTENSI: RM7 hingga RM500 untuk satu artikel blog. Ia bergantung pada portfolio dan jenama si penulis. Semakin besar nama si penulis, semakin besar wang yang bakal diterima.

Teknik 3 – Aku Bayar, Engkau Bagi Aku Ruang

Iklan. Iklan. Iklan.

Ini adalah teknik popular sedut duit dari blog. Namun teknik ini agak kompetitif. Terlalu banyak blog yang tawarkan ruang iklan. Terdapat dua cara untuk buat duit dengan iklan:

  1. Guna pihak ketiga.
  2. Ikat kontrak dengan peniaga.

Guna Pihak Ketiga

Nuffnang, Innity dan pelbagai lagi. Mereka adalah pihak ketiga yang tolong uruskan iklan kita. Apa yang kita perlu buat adalah meletakkan satu kod khas. Kemudian iklan itu akan muncul mengikut kesesuaian.

Dari sudut harga iklan, kita tidak mempunyai sebarang hak untuk buat penetapan. Ia 100% bergantung pada selera pihak ketiga.

Ikat Kontrak Dengan Peniaga

Lebih lumayan. Namun cabarannya juga selaras dengan taraf lumayannya. Kita boleh berurusan terus dengan pihak peniaga untuk tawarkan ruangan iklan kepada mereka.

Biasanya menerusi kontrak premium, iaitu pengiklanan di ruangan tertentu seperti sidebar, header, content post dan pelbagai lagi berdasarkan jangka masa yang dipersetujui (sekitar 3 hingga 6 bulan).

POTENSI: Serendah RM10 dan setinggi-tinggi RM100,000. Malah potensinya lebih ghairah di pasaran antarabangsa. Kadar iklan biasanya bergantung pada kuantiti pelawat setiap hari atau bulan.

Mana Satu Pilihan Kalbu

Ketiga-tiga teknik ini berkesan. Pilih dan komited mengikut selera masing-masing. Lain orang, lain cara. Apa yang penting di sini adalah menjadikan blog kita sebagai satu aset.

Aset yang menjadi telaga duit. Sambil-sambil tulis, sambil-sambil seru duit.

Aqif Azizan Mahu Bantu Anda Buat Duit Menulis

Berminat untuk jadikan jari jemari dan papan kekunci laptop sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Maka dapatkan 100% tip dan teknik penulisan PERCUMA di sini.

Aqif Azizan tulis khas untuk anda.

 

 
Tweet

Related posts:

  1. Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan
  2. Buat Duit Dengan Blog
  3. apa akan jadi bila org yg buta seni menulis sajak??
  4. Buat Duit Dari Blog
  5. Buat Duit Melalui Projek 100 Bloggers

Filed Under: penulis jemputan Tagged With: aqif azizan

Reader Interactions

Comments

  1. KiD says

    18 February 2013 at 12:03 am

    idea.. menulis.. idea.. menulis.. semua boleh jadi duit.. 🙂
    KiD recently posted..Laser Tag bersama REDMUMMY

    Reply
  2. Fazrol says

    18 February 2013 at 12:19 am

    Buku dah beli dah.. Tunggu nak baca jaa..

    Reply
  3. abangensem says

    18 February 2013 at 12:24 am

    Terima kasih Tuan Aqif kerana sudi memenuhkan ruang blog gua sementelah gua tiada di dalam negara untuk menulis.
    abangensem recently posted..SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

    Reply
    • Aqif Azizan says

      18 February 2013 at 10:08 am

      Terima kasih kepada mentor pelaburan hartanah, iaitu Tuan Meor Zaidee kerana sudi menerima artikel ini untuk dikongsikan bersama para pembaca hebat.

      Semoga bermanfaat. Semoga ilmu ini diraikan dengan tindakan yang komited serta konsisten. 🙂
      Aqif Azizan recently posted..Rahsia Kahwin Bajet – Jimat Duit, Jimat Air Mata, Jadi Menantu Kesayangan

      Reply
  4. halif says

    18 February 2013 at 12:39 am

    Bila la agaknya mutu penulisan aku ni dapat menarik minat pengiklan..asyik tunggang langgang je
    halif recently posted..Tunai Tiada? Buat Pinjaman Lor…

    Reply
  5. Hanif Menhad says

    18 February 2013 at 9:13 am

    bagi aku, tulis dan terus menulis dalam blog adalah punca kita menjadi penulis yang disegani akhirnya… hanya dengan mulakan!

    p/s: yg penting blog terus diupdate!
    Hanif Menhad recently posted..Kata-Kata Hikmah (Mutiara Kata)

    Reply
  6. azrijohan says

    18 February 2013 at 11:39 am

    wah patut lah awesome, aqifazizan yang tulis rupanya.. hehe
    azrijohan recently posted..Komisyen Daripada Insentif Denaihati

    Reply
  7. zaza =) says

    18 February 2013 at 11:45 am

    kena perah otak untuk hasilkan sesuatu yg mberi manfaat dan semua org suka..tip ini sgt bagus utk saya =) tkasih
    zaza =) recently posted..My Wedding..

    Reply
  8. Izwan says

    18 February 2013 at 6:10 pm

    kalau kat blog ni nak buat advertorial apa2 pun trafik kena up dulu. kena yakinkan pembeli ruang.. itu saya lemah lagi..
    Izwan recently posted..Panduan Mencari Tempat Latihan Industri atau Praktikal

    Reply
  9. hatiputera says

    19 February 2013 at 1:46 am

    Banyak betul pilihan untuk buat duit.
    hatiputera recently posted..Johor Darul Takzim vs Lions XII 19 Februari 2013

    Reply
  10. Faizalpj says

    19 February 2013 at 4:40 pm

    dari tajuk dah boleh agak sapa penulis dia mestilah aqifazizan
    Faizalpj recently posted..Sakitnya Apabila Gusi Bengkak

    Reply
  11. azman says

    20 February 2013 at 12:21 pm

    Macam2 cara buat duit,yang penting kreatif 🙂
    azman recently posted..Ada Makhluk Hendak Bergurau

    Reply
  12. Malaysia Tercinta says

    31 January 2014 at 3:05 am

    Haa buat duit dengan menulis macamana nak buat duit dengan menulis.

    Reply
  13. Elias says

    25 September 2014 at 10:37 am

    Menulis adalah satu seni. kena banyak membaca untuk content yang berkualiti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
26 Safar 1442
Now : Dhuhr (12:59)
Next : Asr (16:15)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in