Sakit Dalam Kesakitan

leaderboard2 denaihati Banner

Nampaknya dah masuk 3 hari blog aku ni tak berupdate sepertimana biasa. Bukan sebab aku sibuk melayan tetamu dan bukan juga kerna teruja ke sana sini berkunjung ke rumah saudara mara, sebaliknya aku terlantar di atas disebabkan demam panas, muntah-muntah serta sakit perut dan cirit-birit. Namun hari ini segalanya agak berkurangan, gara-gara ‘ubat’ yang dibawa khas oleh adik ipar aku (staf UH) yang mana berjaya merendahkan suhu 38.6 celcius ke 36.2 celcius dalam tempoh masa kurang dari 3 jam dan menurutnya ‘ubat’ ini adalah yang paling kuat untuk menyembuhkan demam (dengan izin Allah). Walaupun demam dah makin ‘kebah’, namun sakit perut dan cirit-birit masih belum menampakkan kesan yang ia akan hilang dalam masa terdekat ni. Walaubagaimanapun kesakitan ini masih mampu untuk aku tahan tidak seperti ‘kesakitan dalaman’ yang terpaksa aku tanggung pagi semalam.

Ya, kawan baik mak aku yang dah aku anggap seperti makcik aku sendiri telah pergi buat selama-lamanya apabila kanser yang selama ini dihidapinya dan telah menampakkan tanda-tanda untuk sembuh, rupa-rupanya telah menyerang otaknya dan sehari sebelum Syawal menjelma, beliau telah dikejarkan ke HKL setelah terjatuh di rumah dan seterusnya berada dalam keadaan koma. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu pendarahan telah mula berlaku di otaknya dan apa yang kami telah jangka sebelumnya, tepat jam 9 pagi hari raya kedua nyawanya telah selamat ditarik oleh Malaikat Izrail dalam keadaan yang tenang. Namun impian aku untuk menghantar jenazah ke kubur telah tidak kesampaian dek kerna terlantarnya aku di atas katil. *Sedih beb*

Datin Norlia Binti Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Auntie Nor oleh kami sekeluarga adalah seorang yang humble dan down-to-earth, juga  adalah seorang yang paling banyak membantu aku samaada secara langsung mahu pun tidak langsung. Beliaulah yang telah menumpangkan aku selama sebulan ketika aku melanjutkan pengajian peringkat degree aku kerana tidak menjumpai rumah sewa yang sesuai. Beliau jugalah yang menghulurkan duit belanja ketika itu, dan beliau jugalah yang telah mencelikkan aku tentang dunia hartanah ini apabila minat beliau membeli tanah di merata tempat telah meyakinkan aku bahawa ianya salah satu cara untuk mengumpul kekayaan. Kali terakhir aku bertemunya beberapa bulan yang lalu, aku masih ingat kata-katanya “Auntie suka tengok kamu beli rumah banyak-banyak. Sekurang-kurangnya bolehlah anak-anak kamu nanti merasa duit hasilnya nanti”. Allahuakbar, bukan kesenangan diri yang dipentingkannya sebaliknya ingatan terhadap anak-anak lebih diutamakan. *sebak*

Auntie, semoga roh auntie dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

AE : Masih aku ingat kata-kata dia semasa Majalah Wanita ingin mewawancara beliau tetapi kemudiannya ditolak oleh beliau dan bila mak aku tanya kenapa dia berbuat demikian, jawabnya “Aku ni datin kampung je. Takde apa pun yang nak ditunjukkan kat orang ramai” sedangkan dari sudut pandangan aku, beliau adalah tokoh wanita yang berjaya, jika tidak masakan beliau boleh duduk sebaris bersama-sama canselor ITM di atas pentas semasa konvokesyen ITM aku dulu.

This entry was posted in my story and tagged . Bookmark the permalink.

9 Responses to Sakit Dalam Kesakitan

  1. pipoq says:

    semoga AE cepat sembuh insyaAllah..

    mudah mudahan Allah merahmati roh beliau..
    pipoq recently posted..Duit raya

  2. Al Fatihah Semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
    Zarul Umbrella recently posted..(Entry Bergambar) – Detik 1 Syawal 1433

  3. halif says:

    Setiap yang hidup akan kembali,al fatihah buat arwah. Kanser ni dah jadi common pulak rasanya. hmm. takdir tuhan.
    halif recently posted..Berita Gembira Untuk Anggota Tentera dan Polis

  4. fazrol says:

    semoga rohnya dicucuri rahmat..
    low profilenya peribadi beliau..
    fazrol recently posted..Karangan Sekolah Rendah – Cita-cita saya!

  5. ReM says:

    Inna Lillah…..semoga arwah dirahmati yang Esa…dan Bro AE cepat-cepat sihat.
    ReM recently posted..Sewa Kepada Expatriates

  6. boni kacak says:

    al-fatihah…. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisinya… amin…
    boni kacak recently posted..#SaveJejai

  7. KiD says:

    Al fatihah untuk allahyarhamah. Salam takziah
    KiD recently posted..Main Bunga Api

  8. Al Fatihah buat arwah dan semoga AE cepat sembuh…Bro AE banyakan bersabar ada hikmahnya tu….
    Orang Kampung recently posted..Wordless Wednesday-Biar Lupa Makan Jangan Lupa…

  9. Nadot says:

    Takziah dan Al-Fatihah..
    nak jadi low profile n baik sangaat macam auntie ni….huhuhuhu

    Get well soon AE
    Nadot recently posted..Berkelabu Asap di Pagi Raya Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge