Sangap!!

Sangap aku bulan ni..

Kalau ikut plan asalnya, aku sekadar nak cat balik rumah sewa aku yang kat Seksyen 6 tempohari. Maklum sajalah anak-anak dara yang baru menyewa rumah aku tu masih melekit-lekit getahnya. Dah la tu, muka masing-masing saling tak tumpah macam pelakon-pelakon sinetron ‘Nada Cinta’ yang kat Astro Ria tu. Itu yang buat aku semangat nak ‘beli jiwa’ mereka dengan ‘kebaikan’ aku mengecat balik rumah tu. Alih-alih, sedang dok sibuk menolak perabot ke tengah rumah, pintu bilik tidur mereka tiba-tiba roboh. Huk Alo.. Bak kata orang ibarat robohnya entri contest Eyriqazz vs Denaihati dari takhta 1st page Pakcik Google la nampak gayanya. Nak tak nak terpaksa jugak la aku menukar pintu bilik yang sedia ada. Beratus jugak la amaun yang terpaksa aku keluarkan untuk pintu yang baru.. huhuhu.

Dan tak semena-mena pulak, pada hari yang sama penyewa Suria Avenue Apartment aku meng’sms’ aku memaklumkan tentang kerosakan saluran paip di rumah sewa aku tu. Hmm.. sekali lagi nak tak nak, terpaksa jugak la aku me’repair‘nya memandangkan tenancy agreement aku ada menyatakan yang sebarang kerosakan melebihi RM100 adalah tanggungjawab tuan rumah yang ensem. Nak dibiarkan, banjir pulak rumah ku tu nanti. End up, beribu jugak la aku habis untuk final cost kedua-dua rumah tu.

“Apasal lu tak cat sendiri rumah tu beb? At least, jimat sikit la kosnya” – Brader Mil dengan cubaan menyucuk aku.

“Bukan gua tak nak beb tapi ‘pesen’ gua kalau mengecat, mesti berlenggeng tak berbaju. Buatnya menyirap gejolak ‘darah muda’ anak-anak gadis rumah tu bila menengok badan aku yang berketak ni, siapa yang nak jawab? Tak pasal-pasal aku jugak la yang terpaksa ‘cover’ gejolak diorang tu nanti.. heh heh heh (18SX)” – AE

Anyway, nasihat aku buat korang yang nak be’rumah banyak’, pastikan excess duit sewa yang korang dapat tiap-tiap bulan tu diperuntukkan untuk kos-kos ‘emergency’ seperti ini. Dapat simpan 20% daripada duit lebihan sewa tu pun dah cukup baik. Takde la korang sangap sangat bila jadi benda-benda macam ni nanti. Betul tak?

AE : Tak sabar aku nak tunggu hujung bulan ni. Kenapa?? Mestilah sebab nak kutip sewa dari awek-awek penyewa yang seiras Mikha Tambayong, pelakon Nada Cinta tu.

Saling tak tumpah macam muka penyewa baru aku

Comments

  1. Azizan says

    Sama le nasib kita bulan ni, nasib baik saya abih sebelah tgn lebih ckit je. Paip bocor bwh tanah……huwa…huwa.

  2. papa mifz says

    salam AE…

    betul la tuh keutamaan penyewa rumah diutamakan…bagus2…tidak seperti beberapa tuan rumah yang suka lepas tangan kalau bab2 masalah timbul….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge