SAO & Co, Opsyen Transaksi Jualan Anda

Hairan juga aku apabila akhir-akhir ini soalan yang diterima lebih menjurus kepada, “Boleh tak AE kasi tips macamana untuk jual rumah?” dan biasanya soalan yangsaya beri ialah, “Maaf. Saya tiada pengalaman dalam urusan menjual rumah. Mungkin awak boleh rujuk kepada rakan agen saya, Keyn Aziz”.

Ya. Itu adalah pengakuan jujur aku. Aku membeli dan mengumpul rumah bukan bertujuan untuk menjualnya semula walaupun tawaran yang aku terima kadangkalanya 3 kali ganda dari harga beli aku. Justeru, aku merasakan yang aku tidak layak untuk mengajar tentang tatacara menjual rumah dan apa yang aku boleh syorkan hanyalah untuk mereka menghubungi rakan-rakan ejen aku.

Mungkin ada yang kurang selesa bila mana nama-nama ejen yang aku ‘petik’ kebanyakannya awek, justeru entri ini bakal memberikan anda opsyen untuk berurusan dengan para ejen ‘balak’ yang turut aku kenali. Syed Azzim Sheik Ali, anak lelaki kepada pemilik SAO & Co merupakan seorang ejen hartanah yang aku percayai. Walaupun bertiang jauhnya usia beliau jika nak dibandingkan dengan blogger INI, tetapi dengan bimbingan dari ayah dan abang beliau, ilmu jual beli hartanah yang dimilikinya agak tidak terkebelakang dari rakan-rakan ejenku yang lain. Nilai tambah yang bakal anda perolehi tatkala berurusan dengan para ejen SAO & Co ini ialah, mereka turut menawarkan khidmat nilaian bagi harta yang anda akan beli. Oleh itu, buat anda yang masih tercari-cari penyelesai transaksi jualan anda, mungkin anda boleh menghubungi SAO & Co di talian berikut :

  • +603 5524 4848 (telefon)
  • +6010 700 9000 (syed azzim)
  • admin@sao.my (e-mel)
Bilik kuliah SAO & Co yang menjadi lokasi Kelas Hartanah aku yang lalu

Bilik kuliah SAO & Co yang menjadi lokasi Kelas Hartanah aku yang lalu

P/S : SAO & Co juga turut menawarkan sewaan bilik kuliah mereka untuk sebarang aktiviti perkongsian ilmu pada harga yang berpatutan.

4 Comments

  1. anuar May 13, 2014
  2. Logeswary May 13, 2014
  3. Brohantu May 14, 2014
  4. Brohantu May 14, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge