Aku tak tahu bagaimana nak mula dan aku juga tak tahu apakah akibat yang bakal aku terima selepas entri ini tersiar. Manakan tidak, penghasilan entri ini seakan melanggar janji yang telah aku meterai bersama individu yang terlibat sebaik sahaja berita sedih ini dikhabarkan kepada aku tanggal 17 Januari 2012 yang lalu.
Ya, aku merupakan penerima terawal berita sedih ini, iaitu sebaik sahaja keputusan dari laporan doktor pakar telah diterima oleh individu terbabit awal tahun lalu. Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4) adalah penyakit yang dihidapi oleh beliau yang pada mulanya aku anggap ianya sebagai gurauan semata. Seakan tidak percaya apabila seorang blogger yang begitu aktif menyertai event sana sini akhirnya telah didiagnose sebagai penghidap penyakit pembunuh ini. Namun jika itu ketentuan takdir, tiada siapa yang mampu melawannya.
Pada awalnya sememangnya kami (aku dan brader ni) telah diamanahkan untuk merahsiakannya sepertimana permintaan tuan punya badan tetapi bila mengenangkan keadaan kesihatan beliau yang semakin merosot, aku terpaksa ‘keluar’ dari perjanjian tersebut bagi membantu beliau dan keluarga yang sedang berada dalam tekanan. Aku lebih rela kehilangan seorang rakan akibat tindakan aku ini daripada aku kehilangan seorang sahabat buat selama-lamanya memandangkan terdapat satu lagi opsyen bagi merawat penyakit beliau yang memerlukan sumbangan dana yang agak besar. Insyaallah akan aku usahakan dana tersebut melalui hasil pendapatan yang aku terima menerusi blog ini, cuma aku memerlukan bantuan kalian (para blogger) untuk membantu mewar-mewarkan dana bantuan terhadap beliau.
Insyaallah seperti biasa hasil jualan ebook aku akan aku gunakan untuk menampung sebahagian jumlah rawatan beliau manakala kalian yang berhasrat untuk membantunya secara terus, bolehlah mengkreditkan akaun beliau atau pun isterinya sepertimana yang tertera di bawah :
Azhar Bin Ramli a.k.a Jejai (Maybank A/C No : 164351079691)
Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)

AE : Agak-agaknya apa perasaan korang dan apa yang korang akan lakukan kalau korang dapat tahu yang korang mengidap penyakit kanser peringkat akhir?
terkejut betul bila dapat tau berita tentang ni.. aku tak berapa rapat dgn dia tp pernah jumpa dan juga borak2 beberapa kali.. tengok dia nampak macam sihat walafiat je.. taktau pula dia tengah berdepan dgn ujian yg sangat besar ni.. harap sama2 kita dapat bantu dia.. #SaveJejai
Anarm recently posted..Wordless Wednesday – Undangan Perkahwinan Kami
Pernah berbuka puasa 2tahun lepas dengan bro jejai event Nuffnang sihat lagi masa tu
Baru nie jumpa Eyriqazz dia ada citer dia kata tak mau heboh lagi tapi dh stage 4 bahaya tu..berubat di Bali le.Doakan semua selamat
faizalPj recently posted..[ Video ] Tersentuh Hati Dengan Iklan Hari Raya 2012 Syarikat Bernas
kalau aku dapat tau aku mengidap penyakit kanser peringkat akhir, tak tau la macam mana… tak dapat nak bayangkan..
Anarm recently posted..Wordless Wednesday – Undangan Perkahwinan Kami
smoga bro jejai tbh hadapi dugaan nie..
syu90 recently posted..Iklan Raya Astro – Kisah Aaron Aziz, PakNil & Erra Fazira
Harap beliau mampu bertahan dan kuat semangat untuk melawan,aku akan sentiasa mendoakan…seorang yang cukup mesra dan baik budi..sama sama lah kita bantu beliau bagi menampung kos rawatan
Zarul Umbrella recently posted..Balik Kampung
Sebak dowh bila later korang bgtau dekat aku di nz. Omg, papa blogger yg design header blog aku berberapa kali yang kene. Aku ingat lagi first time meet him in person adalah sewaktu gastby blogger gathering. Aku dah bank in some amount of money bila gto bgtau no account dekat fb. Sedih beb… moga jai dpt sembuh seperti sediakala
matjoe recently posted..Pangsapuri Melor Bangi
Semoga jejai tabah…
usaha ebook lu murni, bro…!
~gedek! recently posted..August 16, 2012
entry aku menyusul
Zarul Umbrella recently posted..Balik Kampung
satu keputusan yg sukar buat AE.. Tapi ini utk kebaikkan..
Aku dah transfer mana yg termampu.. InsyaAllah dimasa hadapan akan lakukan yg termampu.. Semoga bro jejai tabah dan kuat semangat..
fazrol recently posted..Karangan Sekolah Rendah – Cita-cita saya!
#SaveJejai
KiD recently posted..Karangan Sekolah Rendah
demi seorang sahabat maya yang sangat baik, saya akan keluarkan entri ni.. istimewa untuk Bro Jejai…
boni kacak recently posted..Dah Nak Hari Raya!
Demi satu nyawa.. semoga perjanjian yang dilanggaridapat dimaafkan.. semoga Jejai terus bertahan dah sama2kita membantu beliau
Inilah peluang kita untuk membantu yang rakan yang amat memerlukan bantuan kita….
hazman aka species1980 recently posted..Pizza Hut Red Carpet Party KEMBALI LAGI !!!
Doakan semuga Jejai sembuh semula..rindu dengan gurau senda dia. Insyallah akak akan cuba bantu seberapa yang terdaya
semoga jejai sekeluarga tabah menghadapi cubaan ini
sharinginfoz recently posted..Diskaun untuk Harga Kurma @Penghujung Puasa
Semoga Allah panjangkan usia saudara jejai. Amiiiinnnn
mari sama2 bantu jejai sekeluarga… i will spread this too…
deq noor recently posted..Nikmat Kebahagiaan
Walaupun kita terasa pedih dan sedih dgn apa telah
terjadi namun sokongan moral dan keprihatinan kita amat diperlukan.insyaAllah n3 sha akan menyusul.akan terus hulurkan sumbangan selagi termampu
sharidawati recently posted..Checklist bag balik kampung!!
semoga dia tabah dengan ujian Allah yang berat ini….
sweetkurma recently posted..setitis cahaya di aidilfitri
Mari sama-sama kita mendoakan jejai. Kita bantu selagi termampu. Sebak aku…
aslam recently posted..Info trafik
nangis lagi.insyaAllah kita semua akan cuba apa yang termampu ..
harap doa tak putus untuk bro jai
cikhelena recently posted..Dapatkan pass Press Screening Filem Tanda Putera disini!
Aku ada beberapa kawan dan saudara yang kena kanser. Ada yang telah pulih melalui rawatan. Bagi aku peluang tetap ada, Insya Allah. Mesti terus berusaha walaupun ni Stage 4. Banyak2 berdoa.
ReM recently posted..Permohonan IPO Astro
AE, walaupun jejai dah sampai stage 4. pesan kat dia banyakkan baca al quran… semangat dia jangan sesekali diturunkan. tapi yang paling penting, pastikan semua orang yang paling rapat dengan dia, bersedia…
dia masih muda, peluang sangat cerah untuk terus hidup
wani recently posted..Laluan wajib
Semoga bro jejai cepat sembuh… Amiin…
amir recently posted..TIps PDRM Cegah Pecah Rumah….
Saya pun tak pernah mengenali Jejai.. Saya pernah melawat blog Jejai adalah sekali dua..
Tapi bila baca cerita dekat blog ini, saya bersimpati dengan nasib yang beliau alami..
Semoga Jejai terus tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.. Semoga beliau lekas sembuh supaya dapat menyambut Syawal penuh bermakna bersama ahli keluarga beliau yang lain…
Insya Allah.. Saya akan cuba membantu mana yang termampu..
Anuar recently posted..Pencapaian Blog Coretan Anuar
Kami pernah berjumpa, ketawa dengan gurau senda….
Allaahumma irzuqhu assyifaa’ al-‘aajil inkaana khoiran lah.. Ya Allah kurniakan ksembuhan segera baginya, andai ada kebaikan buatnya
Kak Jie recently posted..Buang Yang Keroh Ambil Yang Jernih
http://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/kenapa-nak-kena-selamatkan-jejai-pulak.html
Teruskan berusaha jangan patah semangat InsyaAllah akan sembuh… Aminn.
wakif recently posted..tak jujur part II | wakif’s blog
kalau saye jadi abang ensem pon saye akan buat macam nie jugak..sape tak sedih kann..saya sokong niat murni abang ensem !
Crafty Nieya recently posted..jom bantu blogger otai nie !
Semoge usehe AE, Eyriqazz dan kawan2 blogger lain diberkati Allah swt dan semoge Abg Jejai boleh elok seperti sediakale juge.. Amiiinn…
Nadot recently posted..Pasar Ramadhan Presint 2, Putrajaya
Saya pernah mengalami situasi macam ni lebih kurang 4 thn lepas. Abg saya sendiri mengidap Kanser Hati stage 4. Dt detect masa stage 4… Moga bro jejai ngan family tabah menghadapi ujian dari Allah..
beliau umpama sifu gua…harap beliau cepat sembuh … #SaveJejai
Tak mampu nak berkata2 bro…
azman recently posted..FTG!
pernah dengar makan biji aprikot?
B17 antibiotik semulajadi
mari kita semua doakan jejai sembuh seperti sediakala..amin
wynn78 recently posted..Kad Raya
Emm kalau aku tak tau la mcm mana perasaan waktu tu..mungkin lemah seluruh anggota badan..mesti aku sentiasa berdoa agar satu keajaiban muncul…sedih la bila dapat tahu kena sakit mcm ni..emm..Semoga abg jejai kuat semangat dan tabah hadapi dugaan ni..Semoga Allah meringankan beban yang ditanggung abg Jejai. Aminnn..
Hafizul recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saya juga akan bantu viralkan.
Insya Allah lepas raya.
tuanbri recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Semoga Bro Jejai tabah menghadapinya dan semoaga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Bro Jejai…InsyaAllah
Orang Kampung recently posted..Wordless Wednesday-Biar Lupa Makan Jangan Lupa…
Semoga usaha ini berhasil insyaAllah
halif recently posted..Tol Oh Tol!
harap beliau tabah dengan ujian ini
Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com
besama kita membantu setakat termampu…
daddydee recently posted..Siapa Kita Esok Hari?
memang tak sangka..begitulah cara Allah nk menguji hambaNya…semoga en Jejai sekeluarga tabah menghadapi cubaan dariNya.
Akma recently posted..Tidurlah wahai Anak
Moga bro je jai dan keluarga terus tabah. menitis air mata aku baca entri eyriqazz tadi. jom hulurkan bantuan
sohoque recently posted..Macamana Nak Jadi Kaya?
Boleh cuba minum air herba, daun belalai gajah…. boleh cari info mlalui internet.
boleh cuba minum air herba dari daun belalai gajah…. insyaallah…. dah banyak terbukti… boleh korek info dr internet…semoga ianya dapat membantu saudara Je Jai
in person, dia mmg seorg yg menyenangkan. byk tips dan pesanan darinya. semoga jejai, isteri dan anak2 dpt menempuhinya dgn penuh ketabahan. saya pernah kehilangan dua org kakak krn kanser. sbg adik saya panik dan gabra, apatah lagi sebagai isteri dan anak… ALLAH menyayangi hambaNya dgn ujianNya…
salmiah recently posted..Tempahan Untuk Hari Raya 2013