Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan pasangan jangan tinggalkan!!

Terpanggil aku untuk menulis entri ini setelah menerima 3 e-mail dari bakal peserta mini seminar aku untuk bulan ini yang mana mereka telah meminta aku memasukkan nama pasangan masing-masing ke dalam list peserta aku. “InsyaAllah jika ada peserta yang cancel, akan saya selitkan nama suami/isteri anda” menjadi jawapan balas aku. Untuk makluman bagi korang yang berminat untuk menghadiri sesi aku yang akan datang dan berniat untuk datang bersama pasangan masing-masing, diharap dapatlah kiranya korang mendaftarkan sekali nama pasangan korang itu agar perkara sebegini tidak akan berulang.

Aku faham akan peri pentingnya melabur secara bersama kerana sokongan dan dorongan dari pasangan masing-masing bakal menjadi resepi kejayaan korang nanti, percayalah!! Aku dah pernah mengalami pahitnya melabur tanpa sokongan dan kepercayaan dari mem aku. Betul, aku tak tipu. Ini berlaku semasa aku membeli apartment di Seksyen 16, 11 tahun dulu di mana pada ketika itu aku telah pun memiliki 3 buah rumah (1 yang terbengkalai, 1 yang kami duduk dan 1 lagi yang cashflownya negatif). Seminggu juga aku menikmati hidangan dan masa tidurku dengan muka pasangan yang masam mencuka. Mana taknya, hampir setiap hari soalan-soalan seperti “Siapa nak bayar rumah tu nanti?”, “Rumah-rumah yang sebelum ni pun awak nak kena top-up bayar bulan-bulannya. Inikan nak tambah sebijik lagi”. Mana tak masam muka mem aku bila semua yang diungkapkannya itu benar belaka, tetapi satu perkara yang korang perlu tahu ialah aku ini sememangnya lelaki ensem yang berjiwa tabah dan berkat ketabahan aku itu, akhirnya aku berjaya meyakinkan mem aku yang apa yang usahakan selama ini benar-benar berjaya. Alhamdulillah. Namun aku tak rasa yang semua orang setabah aku dan atas sebab itu penyertaan korang bersama pasangan korang amat-amatlah digalakkan. Bukan apa supaya pasangan korang nanti akan memahami liku-liku perjalanan yang terpaksa korang tempuhi di alam pelaburan hartanah ini. Ingat!! Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan pasangan jangan tinggalkan.

AE : Bagi yang telah menerima invitation e-mail dari aku, harap-harap korang dapat reply sebelum 14hb ini. Jika tidak tempat korang akan aku berikan kepada 3 pasangan di atas.

16 Comments

  1. eyriqazz January 13, 2012
  2. Wira Chomel January 13, 2012
  3. matjoe January 13, 2012
  4. Zarul Umbrella January 13, 2012
  5. KiD January 13, 2012
  6. EmmoCore January 13, 2012
    • abangensem January 14, 2012
    • aBu January 24, 2012
  7. Wizurai January 13, 2012
    • abangensem January 14, 2012
  8. Labu January 13, 2012
  9. Aslam January 13, 2012
  10. askrool January 13, 2012
  11. khairul January 14, 2012
  12. Nurul January 14, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge