#SBB2013 : Satu TRAGEDI Buat Diriku

 

Seumur hidupku, hanya 3 kali airmataku pernah tertumpah, iaitu saat aku tidak berjaya mendapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 sedangkan aku adalah antara murid terbaik di dalam kelas 5A dan juga ketika abahku dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Namun, aku sama sekali tidak menjangka yang Majlis yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna sebagai seorang blogger telah bertukar menjadi satu TRAGEDI apabila seorang insan yang telah membantu menaikkan aku selama ini telah ditolak ke dalam dewan dengan kerusi roda dalam keadaan yang amat menghibakan aku.

Ya, insan bernama Jejai telah hadir.

Kredit gambar : http://azmanishak.com

Saat aku menggenggam tangan beliau untuk bersalam, hanya ucapan berikut yang mampu dilontarkannya, “Ni siapa ni ye?”. Luruh jantung aku ketika itu. Airmata tidak mampu aku tahankan lagi. Tandas lelaki menjadi tempat aku me’luruh’kan airmata jantan aku. Tanpa henti. Tanpa rasa malu. Dan episod ini disaksikan sendiri oleh Abang Nara ketika itu.

Pedulikan rasa malu. Pedulikan sisi maskulin yang sering aku gayakan selama ini. Apa yang aku tahu ketika itu ialah, aku amat-amat dan sangat-sangat sedih dengan apa yang aku lihat dan dengar. Benarlah apa yang ditweetkan oleh Nana, adik beliau yang sering aku hubungi hampir setiap hari.

Masih terbayang lagi gurauan aku ketika berhubungan dengan beliau setahun yang lalu tatkala beliau berkata, “Woi, aku ingat nak pergi check sakit dada aku ni la”. “Elok la tu. Mana la tau kot-kot lu kena kanser”, jawab aku ketika itu dan apabila panggilan sekembali beliau dari Sime Darby Medical Centre aku terima, ya aku masih ingat tarikhnya tanggal 17 Januari 2012, ayat berikut diucapkan padaku, “Betul la kata lu Bro. Doktor kata aku kena kanser”. Aku diam. Hanya ayat berikut yang mampu aku katakan, “Mungkin doktor tak sure lagi kot” sebelum disambut dengan ayat berikut, “Lu jangan gitau sape-sape ye. Aku ingat nak bagitau lu dengan Iman je”.

Ya, ketika itu aku hanya baru mengenalinya kurang dari 6 bulan tetapi apa yang diajarkannya kepadaku terutama perihal dunia blogging ini benar-benar memberi 1001 makna kepada aku. Tanpa tips dan tunjur ajar darinya, mana mungkin aku berada di tahap sekarang. Mana mungkin aku mampu berhenti kerja dan hanya mengharapkan hasil dari aktiviti berblogging. Mana mungkin aku boleh melihat ketiga-tiga anak aku membesar di depan mata dan pelbagai lagi kemungkinan yang tidak pernah aku impikan sebelum ini. Begitu banyak jasa beliau kepada aku, malah header blog ini juga adalah hasil ilhamnya. Tanpa bayaran!! Bukan aku tak membayar tetapi beliau yang tak mahu menerima. Justeru, satu-satunya peluang untuk aku berbakti dan membalas jasa beliau, hanyalah menerusi entri ini dan ihsan korang pembaca entri ini untuk menyalurkan sebanyak mungkin sumbangan untuk kelangsungan hidup beliau dan keluarga beliau.

Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)

Maaf sekiranya entri ini telah mengganggu emosi korang kerana aku tidak dapat membayangkan bagaimanakah perasaan anak-anakku sekiranya aku di tempat Saudara Jejai yang sudah tidak mampu untuk mengingati kebanyakan orang di sekelilingnya.

 AE : Masih terngiang-ngiang kata-kata beliau semasa kami melepak berdua di NZ Garden beberapa bulan lalu, “Kalau aku dapat hidup sampai hujung tahun ni pun dah kira baik”. #SedihSangatSangat.

41 Comments

  1. KiD January 28, 2013
  2. drinspirasi January 28, 2013
  3. Ladfe Amir January 28, 2013
  4. mb sangat manis,cute,peramah January 28, 2013
  5. azmanisma January 28, 2013
  6. Nadot January 28, 2013
  7. Boni kacak January 28, 2013
  8. Cikgu A January 28, 2013
  9. fazrol January 28, 2013
  10. Azman Ishak January 28, 2013
  11. akuzle ayu January 28, 2013
  12. noehas January 28, 2013
  13. afif January 28, 2013
  14. hazman aka species1980 January 28, 2013
  15. Katak Comel January 28, 2013
  16. Anuar January 28, 2013
  17. malarang-kak January 28, 2013
  18. aslam January 28, 2013
  19. Sumijelly January 28, 2013
  20. Aku Penghibur January 28, 2013
  21. nik January 28, 2013
  22. kak ina kl January 28, 2013
  23. orang kampung January 28, 2013
  24. syaifuddin alias January 28, 2013
  25. halif January 28, 2013
  26. misz eyza January 28, 2013
  27. Juan January 28, 2013
  28. Arrazi January 28, 2013
  29. lantoi January 28, 2013
  30. elieza January 29, 2013
  31. ecadwinkyasha January 29, 2013
  32. munir ardi January 30, 2013
  33. fiezaradzi January 30, 2013
  34. Anarm January 30, 2013
  35. Dkna Abza January 30, 2013
  36. ezna January 30, 2013
  37. matjoe February 4, 2013
  38. fyna February 11, 2013
  39. mz February 11, 2013
  40. BUI JUNAIDI February 14, 2013
  41. Bidadari May 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge