Sebelum ‘Surat’ Dihantar

leaderboard2 denaihati Banner

Ya, nampak seakan mudah tetapi pada hakikatnya ianya merupakan satu keputusan yang agak sukar untuk dilakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk membuat keputusan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perjalanan kewangan sebuah keluarga dan itulah yang dialami oleh aku sebelum keputusan menghantar surat letak jawatan dibuat.

Beberapa langkah dan contingency plan terpaksa aku fikirkan dan banyak perkara perlu aku dapatkan, antaranya restu ibu dan bapaku, memahamkan mem yang sering khuatir sebelum ianya diakhiri dengan solat sunat istikharah agar diilhamkan jalan yang terbaik untuk aku pilih dan alhamdulillah semuanya seakan menuju ke titik persamaan iaitu aku harus berhenti.

Ya, persediaan untuk berhenti sebenarnya telah lama aku fikirkan dan beberapa bulan sebelum ianya dimuktamadkan beberapa langkah telah mula aku ambil, antaranya :

  • Menukar kereta kesayanganku kepada kereta bersport rim dan berCD player.

Kenapa? Kerana aku tidak mahu dibebani dengan perkara remeh temeh, wear and tear bagi kereta yang telah memasuki tahun ke 6 usianya. Malangnya semasa entri ini ditulis, kereta bersport rim dan berCD player aku tu masih lagi dalam urusan pendaftaran.. huhu.

  • Memastikan perlindungan takaful aku dan anak-anak aku mencukupi (wife bayar sendiri.. hehe).

Alhamdulillah, segala-galanya telah aku aturkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Malah polisi untuk AE Jr telah pun selamat aku perolehi beberapa hari yang lalu. Thanks to my agent. You’ve done a good job dear.. oppsss.. hehehe.

  • Juga dana pendidikan yang mencukupi untuk anak-anak aku.

Alhamdulillah juga, kerna ianya telah pun aku persiapkan dengan sejumlah rumah-rumah sewa yang aku miliki. Sekiranya mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke pendidikan yang lebih tinggi, insyaallah rumah-rumah ini akan aku jual/refinance bagi menampung keperluan pendidikan mereka ketika itu.

  • Melupuskan ‘hutang-hutang jahat’.

Walaupun amaunnya kecil, namun alhamdulillah within this 2 months time, akan aku langsaikan hutang kad kredit dan pinjaman ASBku agar tidak perlu aku memberatkan kepala memikirkan tentang masalah hutang-piutang ni, manakala hutang rumah-rumah sewaku.. biarlah si penyewa-penyewa akulah yang memikirkan duit untuk membayarnya.

  • Menurunkan limit kad kreditku.

Walaupun bertegang urat dengan pihak bank yang begitu ‘reluctant’ untuk menurunkannya tetapi akhirnya aku berjaya juga dan amaun kad kredit yang sebelum ini berlimitkan ratusan ribu telah berjaya aku turunkan sehingga ke angka yang tak masuk akal (kata banker). Berapa amaunnya? RM3,000 sahaja.. hehehe.

“Untuk apa kad kredit kalau abang mampu untuk tidak berhutang?” soal awek cun kat ofis aku petang tadi.

“Kena ada gak especially kalau abang pergi karaoke tengah-tengah malam dan lupa nak withdraw kat ATM, sekurang-kurangnya boleh la abang bayar pakai credit card bilnya nanti”. Amacam, logik tak jawapan aku?

“Apa abang nak buat lepas berenti nanti? Takkan abang nak duduk goyang kaki je kat rumah?” awek tu menyoal lagi.

“Abang dah ada 2-3 projek antaranya offer dari BRADER ni untuk featuring dalam album terbaru dia nanti.. hehehe” jawapan jujur dari aku.

Awek – “Uwekkkkkk..” (muntah hijau)

AE : Selamat berpuasa buat korang yang ‘tak uzur’. Aku? As usual, mestilah puasa. Aku kan budak Izzuddin. Tak gitu Super Junior aku?

This entry was posted in my opinion, my story. Bookmark the permalink.

26 Responses to Sebelum ‘Surat’ Dihantar

  1. yusman yonos says:

    Tahniah bro AE. Bukan mudah nak ambil keputusan letak jawatan. Tapi aku percaya AE bukan bagi surat berhenti kerja tapi surat persaraan awal. Kan lebih sedap bunyinya :-)

  2. JAI says:

    Fuhh..gua yang pening memikirkannya…abihlah banyak masa mengorat ni karang..hehe
    JAI recently posted..Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Dan Lafaz-Lafaz Niat Puasa

  3. hareezi says:

    abang eddy, payah da r nak jumpe awek2 sambil lepak kat NZ pasni..

  4. Fazrol says:

    Terbaik bro….
    Good luck… Boleh pengorat tegar dan fulltime blogger…
    Fazrol recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan dan Berpuasa kawan!

  5. adam dzirhan says:

    Bro.. Tukar MPV ke?
    adam dzirhan recently posted..Term Loan, Semi flexi, Full Flexi

  6. Anuar says:

    Satu tindakan yang bijak daripada AE..

    Tahniah AE.. Disebabkan telah menyediakan “payung” terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berenti kerja makan gaji..

    Insya Allah AE.. Rezeki ada di mana-mana.. Lagipun dengan kefemesan Blog AE ni.. Insya Allah AE boleh survive walaupun tanpa kerja makan gaji..

    P/S: AE ni dulu bekas pelajar sekolah Agama Izuddin, Ipoh Ker?
    Anuar recently posted..Tips Menjimatkan Kos ‘Repair’ Kereta..

  7. ariff says:

    Bila nak bawak gua jalan2 naik kereta baru?
    ariff recently posted..Red Bull Air Race World Championship di Putrajaya!

  8. ReM says:

    Setakat ni saya dah tenguk ramai blogger yang berjaya setelah berhenti bekerja sepenuh masa.
    Semoga Bro AE berjaya..All the best Bro..
    ReM recently posted..Property Bulk Purchase

  9. wynn78 says:

    fuhh…banyak jugak nak difikirkan bila nak berhenti yek,kena ada planning yang baik
    wynn78 recently posted..Pelan rumah semi D #2

  10. Nurul says:

    All the best AE… InsyaaAllah.. jadi full time blogger pun satu kerjaya yg sangat besar..
    Nurul recently posted..Sampul Duit Raya 2012 Paling Gempak

  11. halif says:

    Abg ensem memang terbaik. Entri sentiasa hebat tp melucukan.
    halif recently posted..Salam Ramadhan Untuk Semua

  12. huzaifi says:

    AE sudah..sy follow 14 tahun lagi..

    impian ni umur 40 ‘mampu’ berhenti keje :)

  13. Nadot says:

    Plan terbaaeekk punyeee… InsyaAllah nothing will go wrong. Good luck n congratz lg! ;)
    Nadot recently posted..Batman: The Dark Knight Rises

  14. wakif says:

    Tahniah n gud luck AE!!
    wakif recently posted..masa untuk jadi along | wakif’s blog

  15. baguslah dah ada CD player nnt boleh la dengar lagu Umbrella feat AE soon heheh

  16. matjoe says:

    Aku tak hingin naik kereta baru mu itu. Haha
    matjoe recently posted..Burger Bakar Abang Burn Ramal Junction

  17. iAwani says:

    masa depan, kereta berCD player itu boleh diupgrade lagi kepada feature terbaru – kereta ber “on the air multimedia player” memainkan video/lagu tanpa wayar hanya dari Bluetooth sahaja, penstriman dari peranti mudah alih.. #cadangan.
    iAwani recently posted..Firefox OS Sedia Untuk Download

  18. Yesss… entry dapatlah berikan panduan kepada sesiapa yang berhasrat nak jadi blogger full time… moga projek ebook terbaru akan lebih sukses bro….
    hazman aka species1980 recently posted..Berbuka di MEALS CAFE KL SENTRAL

  19. Saufi Karim says:

    pelan hantar ‘surat’ memang telah dapat dikesan sejak kita berjumpa. Tahniah AE!
    Saufi Karim recently posted..Ramadhan tiba dan rezeki yang melimpah ruah.

  20. Hafizul says:

    emm best arr dapat semua tu..siap dengan kewangan anak-anak lagi tu..memang terbaik la perancangan AE ni..hehe
    Hafizul recently posted..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok Kecil

  21. namia says:

    apa AE duet dengan Zarul Umbrella dalam album baru .. terbaiklah…
    apa pun good luck AE …
    namia recently posted..Top 10 Rude Malaysian Habits

  22. azman says:

    Kalau dah biasa makan gaji,memang susah kalau nak mulakan bekerja sendiri,apa2 pun good luck AE.
    azman recently posted..FaceBoutique – Tudung Online Dan Fesyen Muslimah Terkini

  23. kak ina kl says:

    kalau dah prepare dari awal memang tak ada masalah..good luck yer ae..orang handsome ni senang cari makan kannnn
    kak ina kl recently posted..Resepi Cream Puff n Custard Cream (Di Perantauan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge