Sedekad Sudah Berlalu

Semalam buat pertama kalinya ada peserta seminar hartanahku yang bertanyakan perihal pengalaman aku membeli rumah lelong semenjak tahun 2001 dulu.

Beliau yang bakal memasuki dewan lelongan bulan depan bertanyakan tips sebelum membida. Agak berat juga untuk aku berkongsi tips memandangkan sudah hampir 10 tahun aku tidak membida. Seingat aku kali terakhir aku mengangkat papan bidaan ialah sekitar tahun 2007 untuk flat medium cost di Shah Alam. Namun untuk tidak menghampakan si penyoal, aku kongsikan beberapa perkara yang aku lakukan sebelum hari lelongan.

  • Minta “Proclamation of Sale” dari pelelong atau bank memandangkan zaman aku belum ada ejen lelong lagi dan fahamkan setiap klausa yang terdapat di dalamnya terutama yang berkaitan dengan ‘ringgit & cent’.
  • Buat viewing kondisi rumah. Walaubagaimanapun, atas nasihat lawyer aku, aku tidak dibenarkan memecah masuk rumah tersebut lebih-lebih lagi jika masih ada barangan tinggalan tuan punya rumah. Yang mampu aku lakukan ketika itu hanyalah membuka/memecah tingkap rumah bagi melihat keadaan dalaman rumah tersebut.
  • Semak segala tunggakan bil yang sedia ada. Antara yang aku lakukan adalah melihat bil-bil utiliti yang terselit di post box dan juga bertanyakan staf di maintenance office berkaitan tunggakan finya.
  • Mencari bank yang sudi membiayai pembelian rumah tersebut dan bank yang melelongnya adalah bank pertama yang akan aku tuju. Di samping itu, aku juga akan memeriksa kelayakan aku meminjam dari banker mereka.
  • Akhir sekali, aku akan semak nilai semasa (market value) rumah tersebut agar aku dapat tetapkan anggaran harga maksimum yang patut aku bida. Jangan lupa memasukkan segala anggaran pembaikan, pembayaran bil tertunggak sebelum menetapkan had maksimum ini.

Itulah antara perkara-perkara asas yang biasa aku lakukan sedekad yang lalu sebelum memasuki dewan lelongan. Maaf jika ada yang sudah tidak relevan lagi dengan proses bidaan terkini. Aku sekadar berkongsi pengalaman.

5 Comments

  1. ahmad aspengkehem March 29, 2017
    • abangensem April 1, 2017
  2. Sue April 10, 2017
  3. Noriza Abdul Rahman April 16, 2017
  4. kauthar mohd May 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge