Pagi Jumaat yang lalu, sempat aku bersarapan pagi bersama Tuan Khir Ariffin, individu yang telah menjerumuskan aku di arena blogging ini. Banyak kisah yang berlaku ke atas dirinya diceritakan kepada aku.
Bagi korang yang belum mengenalinya, beliau adalah seorang motivator sepenuh masa dan juga seorang sukarelawan di masa senggangnya. Banyak rakyat dari negara-negara miskin yang telah dibantunya dan siri jelajahan amal beliau boleh korang baca di LINK INI.
Terbaru beliau telah mengepalai misi bantuan ke beberapa buah wilayah Islam di Cambodia dan banyak pengalaman pahit manis yang telah diceritakan kepadaku tetapi apa yang menarik untuk aku kongsikan adalah pengalaman aneh/pelik yang beliau lalui di dalam perjalanan pulang konvoi 4X4 mereka.
Cerita beliau, semasa mereka melepasi Wilayah Chantaburi di Thailand, ketika itu telah masuk waktu Zohor dan tim konvoi beliau telah berhenti di sebuah surau untuk bersolat Zohor. Menurut beliau, wilayah Chantaburi merupakan sebuah wilayah yang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal dan hendak dijadikan cerita semasa mereka berjemaah, terdapat ‘seorang’ makmum rakyat tempatan yang turut berjemaah bersama mereka dan selesai sahaja solat, maka makmum tersebut telah menjemput tim konvoi mereka untuk makan tengahari di rumah beliau. Dek kerna memikirkan kesukaran mendapatkan makanan halal di sana, maka pelawaan makmum tersebut mereka terima dengan rasa syukur dan ketika mereka sampai ke rumah makmum tersebut, keluarganya pun mulalah memasak makanan untuk hidangan tengahari mereka. Dalam masa yang begitu singkat (masa yang tak masuk akal, kata Tuan Khir) lebih dari 5 jenis juadah, antaranya ayam, daging, sayur dan sebagainya telah berjaya disiapkan oleh tuan rumah dengan kadar yang tidak begitu banyak. Namun alangkah terkejutnya mereka, makanan yang sedikit itu mampu untuk menjamu tim konvoi mereka yang melebihi 20 orang. #Subhanallah.
Dan sepanjang perjalanan pulang, beberapa orang dalam tim beliau telah turut berkongsi kisah-kisah sebegitu yang telah biasa mereka alami sehinggakan menurut salah seorang dari mereka, pernah satu ketika, konvoi 4X4 mereka untuk mengerjakan umrah telah berjaya dilaksanakan dengan kos petrol yang jauh lebih kecil dari jangkaan mereka. Ini berlaku apabila kebanyakan pemilik stesyen minyak yang mereka singgahi telah menghalalkan petrol yang mereka isi apabila mengetahui tentang niat mereka untuk mengerjakan umrah sehinggakan mereka mampu membawa lebihan wang sekembalinya mereka dari Tanah Suci. Ternyata apa yang difirmankan oleh Allah dalam Ayat 132 Surah Thahaa ini terbukti kebenarannya :
“Kami tidak meminta rezeki darimu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa”
AE : Masih terngiang-ngiang di telinga aku bagaimana ex-boss aku dulu berkata, “How can you survive if you’re not working with this kind of salary?”. “Cukup atau tidak, bukannya bergantung pada amaun gaji, Bos”, jawab aku dalam Bahasa Melayu (sebab aku tak reti cakap omputih. Sekolah Arab la katakan).













Tu a..rezeki.. bila-bila Allah nak kasi, Dia kasi.. bila nak tarik, Dia tarik je…
*mode bersyukur* .. huhu
Nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Syukran ya allah
ShahrilSidek recently posted..Lokasi… lokasi… lokasi…
Syukur Alhamdulillah… Ini menunjukkan kekuasaan Allah…
Bila baca entri ini, Teringat satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W.. makanan untuk 10 orang boleh dimakan oleh 1000 orang tentera Islam dengan keizinan Allah S.W.T…
Anuar recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
Bestnye entry ni… Tq 4 sharing bro ae!
Memperbanyakan bersyukur kepada Allah dgn nikmat yg diberi-Nya in shaa Allah berganda2 lah rezeki kita tanpa kita sangka2…
orang kampung recently posted..Bila Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 ?
AE pun boleh jadi motivator especially for kids.. bagi sedar pentingnya financial management dari usia muda.. Nanti saya enroll anak saya.
elieza recently posted..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 2
subhanallah…! Allah akan menolong hambanya yang mengejar akhirat!
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha
Betul tu bro kita kena yakin rezeki sikit atau banyak yang datang darinya pasti akan cukup, jika kita redha akan ketetapanya.
onlajer recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
subhanallah!. rezeki bukan pada nilai gaji.
Encik Din recently posted..Permulaan 2013 yang baik. Matlamat tercapai
mmg pertolongan tu datang tanpa diduga. bila pikir2 balik baru nmpk
matjoe recently posted..Save Jejai – Blogger Dengan Kanser Paru – Paru Tahap 4
Best cerita nie…
Tq for sharing..
Fazrol recently posted..Juara Maharaja Lawak Mega 2012 adalah……….!
serius best baca kisah ni
Juan recently posted..Playing RC Plane at Pulau Pinang Malaysia
kisah yang menarik dan menjadi pengajaran bersama.. =)
Syukri Tahir recently posted..Design Business Card
Berkat rezeki dari Allah
azman recently posted..Roti Canai Gulai Kaki Ayam