Selesai sudah..

Alhamdulillah.. petang tadi salah sebuah dari rumah sewa aku telah pun selamat disewa oleh satu keluarga dari Sandakan, Sabah. Sebuah keluarga yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang masih menuntut di salah sebuah Kolej di Shah Alam menjadi penyewa baru aku. Walaupun jarak antara Kolej dan rumah sewa aku ni agak jauh tetapi disebabkan kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada, menjadikan si prospek bersetuju untuk menyewa. Deposit 1 bulan dan api air telah selamat berpindah tangan dan insyaallah, kalau tiada aral, hari Khamis ni mereka akan mula berpindah. Nampaknya segala-galanya berjalan lancar kerana pada hari tersebut si penyewa lama akan terus menyerahkan kunci kepada penyewa baru. Jadi tak payahlah aku nak menjadi perantara bagi penyerahan kunci ni.

Pada mulanya si penyewa baru agak terkejut kerana rumah aku ni hanya mempunyai satu je bilik (studio apartment la katakan) tetapi memandangkan kemudahan yang ada di kawasan tersebut seperti bank dan kedai makan (termasuk kemudahan pengangkutan dan keselamatan), maka tanpa banyak soal, persetujuan pun diberi kerana katanya takut orang lain cilok dulu. Maknanya melepas la peluang sebuah lagi family untuk menyewa sebab mereka belum confirm lagi bila nak tengok rumah.. huhuhu.

Since sebuah rumah aku dah settlekan, maknanya ada lagi 2 kekosongan iaitu sebuah masterbedroom di Seksyen 13 dan juga apartment 3 bilik di Seksyen 7 untuk disewakan. Jadi kalau ada yang berminat, rajin-rajinkanlah e-mail kat aku.

AE : See.. kalau lokasinya strategik dan kemudahannya cukup, insyaallah takkan ada masalah rumah korang tu akan kosong untuk satu tempoh yang lama melainkan kalau korang malas nak advertise.

 

 

2 Comments

  1. matjoe June 29, 2011
  2. nasslimdiet2 June 30, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge