Sementara Menantikan Maghrib

3 weeks before @ 6.45 pm on Sunday

“Alamak awalnya aku mandi hari ni. Nak sembahyang Maghrib, belum masuk waktu lagi. Baik aku layan blog Eyriqazz tak pun Madam ‘Cekudal’. Harap-harap ada la entri baru time ni”

“Hampeh. Diorang tak update pun. Ini mesti sebab diorang tahu takde sape yang nak baca blog diorang time-time hujung minggu macam ni. Hmmm.. Apa aku nak buat ye?” sambil mouse aku mengexplore satu demi satu website yang biasa aku kunjungi dan bila terpandangkan header ni..

“Alamak!! Aku tak tulis lagi la artikel yang aku janjikan dekat Aqill hari tu. Baik aku buat sementara tak tau nak buat apa ni tapi aku nak tulis apa ye?”

Lantas aku teringatkan pada salah satu tajuk yang diusulkan oleh pengomen blog aku dalam entri aku yang lalu.

“Yes, I think I know what to write and it will totally based on my true experience” dan baris demi baris ayat aku sudahkan dalam tempoh kurang dari setengah jam dan setelah hasilnya aku teliti, perasaan puas hati mula terukir.

“Not bad jugak ye untuk penulis amatur macam aku ni” puji aku dalam hati (as usual.. hehe)

E-mail beserta artikel tersebut aku hantar ke e-mail tuan editor dan seraya itu, azan Maghrib berkumandang dari surau berhampiran.

Settled.

Pagi ini (24/2/12), berita gembira yang aku rahsiakan tempohari telah menjadi kenyataan. Artikel pertama aku untuk Majalah Niaga telah disiarkan dan sebagaimana cerianya Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim pagi ni (selepas malam pertama ijab kabul mereka), begitu jugalah cerianya aku membaca bait-bait hasil tulisan aku untuk Majalah ini dan bagi korang yang ingin turut sama berkongsi rasa ceria aku pagi ni, korang boleh layan artikel aku tu DI SINI. Selamat membaca dan jangan lupa klik LIKE untuk fanpage Majalah ini.

P/S : Terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Niaga yang sudi menjemput dan menyiarkan artikel aku ini.

P/S/S : Buat Saudara Zulhisham Abu Nawar, sila e-mailkan e-mail address saudara supaya dapat saya e-mailkan ebook-ebook saya yang saudara beli tempohari. Terima kasih.

AE : Tiba-tiba aku terasa macam nak jadi wartawan Majalah Mangga pulak. Mana la tahu kot-kot aku boleh interview mana-mana artis kat tepi swimming pool nanti.. Heh heh heh.

Related posts:

  1. It’s an honour for me
  2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah..
  3. Baru aku percaya..
This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

9 Responses to Sementara Menantikan Maghrib

  1. Latiffi Aziz says:

    salam AE. sy rasa ramai followers AE ni golongan muda, masih belajar, baru bekerja dan baru bekeluarga. dan langkah pertama utk follow jejak langkah AE utk menjadi jutawan hartanah ialah pembelian rumah pertama.

    mintak tlg AE kongsi pengalaman tentang y mana lagi patut. either beli rumah pertama for own stay ataupun rumah pertama utk investment? kalau buat entri khas pn cun jgk sbb otai2 dan readers lain dapat berkongsi pengalaman atau pandangan dorg. terima kasih AE! dan congrats bakal dapat baby baru pewaris kekayaan. =)
    Latiffi Aziz recently posted..Mendidik Anak2 Mengikut Umur

  2. KiD says:

    boleh jugak AE jadi wartawan mangga.. hehheee
    KiD recently posted..Apam Polka Warna Warni

  3. sharinginfoz says:

    memang seronok dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain, keep it up bro
    sharinginfoz recently posted..Carian Blogger Pilihan

  4. Nizam Ijam says:

    hebat…. Pakar Hartanah nie :)
    Nizam Ijam recently posted..Blog Pilihan Hari Ini….

  5. Rui says:

    Wah, dah buat artikel untuk Majalah Niaga… makin popularlah lepas ni.

  6. AE : Kalau bro jadi wartawan interview artis….saya nak jadi cameraman amik gambar artis tersebut…hehehehe
    hazman aka species1980 recently posted..NUFFNANG Dress Code Theme :- BLUE from HEAD to TOE

  7. FENDI says:

    memang mantaopp lah info

    bila ada lagi seminar nye …. ? :)

    Salam kunjungan
    FENDI recently posted..FENDICENTRE.COM INFO : PELABURAN HARTANAH – LANGKAH PERTAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge