• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / info / Seminar? Bila? Kat Mana? Ada Awek Tak?

Seminar? Bila? Kat Mana? Ada Awek Tak?

abangensem · 18 November 2010 · 8 Comments

Semalam aku terbaca blog Tuan Bri tentang property seminar yang akan diadakan sepanjang awal bulan Disember ni dan tak semena-mena aku dijemput untuk turut serta dalam seminar tersebut oleh tuannya. Bunyi macam best tapi waktunya je yang agak kurang sesuai dengan aku yang hanya mengharapkan pengangkutan awam untuk sampai ke sana selepas waktu kerja (maklumlah kebanyakan sesinya diadakan pukul 7.45 malam). Walau apa pun aku sebenarnya teruja jugak untuk join tapi bukan sebagai penceramah la tapi lebih kepada sebagai peserta. Kenapa? Sebab aku rasa aku ni masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman, tambah-tambah lagi ilmu aku ni belum penuh kat dada lagi, hanya paras-paras lutut je tapi sebab terpenting kenapa aku suka jadi peserta ni, tak lain tak bukan ialah sebab AWEK. Kalau aku jadi peserta, aku boleh duduk kat sebelah awek sambil buat-buat pinjam pen ke, pembaris ke, ruler ke, eraser ke sebelum aku pinjam orangnya sekali.. hahaha. Tapi aku tau Tuan Bri takkan terima aku sebagai pesertanya sebab dia takut aku sapu semua awek yang ada, tak gitu Tuan Bri? Anyhow, bagi korang yang serius nak tahu tentang basic dalam property investment, jangan lupa mendaftar kat blog dia dan untuk pengetahuan korang, aku promote ni pun secara percuma je demi menyokong kengkawan blogger yang nak mendidik ‘orang kita’ dalam dunia pelaburan.

Buat Tuan Bri, bila pulak ko nak buat seminar kat belah Pantai Timur macam member aku, Khir Ariffin selalu buat. Bukan apa, kesian pulak aku tengok orang kita yang kat sebelah sana tu sebab ada gak 2-3 orang yang inbox aku untuk suruh orang KL turun sana buat talk. As for me, aku sebenarnya takut nak ke Pantai Timur sebab awek-awek kat sebelah sana tu comel-comel belaka. Nanti takut aku terbawa ‘kawan’ untuk mem aku bila balik Shah Alam nanti. Tak ke haru beb.. huhuhu.

AE : Korang jangan lupa daftar cepat. Tempat adalah terhad.

 
Tweet

Related posts:

  1. Yang mana satu patut dipilih?
  2. QNA : “Kat mana nak cari?”
  3. Sambungan Part 2 : Yang mana satu pilihan hati?
  4. Bank Mana Paling Bagus?
  5. Mana pegi toilet bowl aku?

Filed Under: info

Reader Interactions

Comments

  1. saye bukan brader abu says

    18 November 2010 at 9:33 am

    saye dh daftar ~ tapi if x de rezeki dipanggil..harap2 sifu AE bleh bantu saye! T_T

    Reply
    • abangensem says

      18 November 2010 at 2:45 pm

      Jangan la panggil saya sifu, saya pun masih belajar lagik..

      Reply
      • saye bukan brader abu says

        18 November 2010 at 6:37 pm

        baek lah abangensem ~ >_<

        Reply
  2. matjoe says

    18 November 2010 at 10:16 am

    seminar ni hot dan murah. good luck to participant
    matjoe recently posted..Nilai Minima Tabung Kecemasan Salam Aidiladha 1431

    Reply
    • abangensem says

      18 November 2010 at 2:45 pm

      Nape HOT? Sebab ramai awek ke??

      Reply
      • saye bukan brader abu says

        18 November 2010 at 6:39 pm

        matjoe ade skali x? hoping to meet u all if ade rezeki ~ o_O

        Reply
  3. tuanbri says

    19 November 2010 at 2:30 am

    awek ramai beb yang datang…tapi bila aku cakap aku dah kahwin, ramai yang berair mata… ramai yang balik terus ..selang beberapa minit…

    anyway, thanks for the promotion..sementara aku nak closing tahun ni, aku cadang nak tutup dengan satu lagi Seminar Hartawan Hartanah.

    Boleh la mendaftar di sini http://tuanbri.com/blog/2010/11/seminar-hartanah-langkah-1-dulu/

    Bila awek ramai, senang sikit nak pujukAE utk datang seminar….(ngeh ngeh)
    tuanbri recently posted..Seminar Hartanah – Langkah 1 dulu…

    Reply
  4. linuxpro says

    19 November 2010 at 12:59 pm

    .. yg aku heran, sbb apa masa talk ari tu ae asyik pandang belah kanan aje.. pikir2 punya pikir rupanya belah kiri ramai geng pompuan.. malu ngan tuanbri jelous kot.. ka dh dpt warning mem sbl pi seminar
    linuxpro recently posted..Bila hutangnya 3 kali ganda dalam upacara lelong

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

ثلاث
25 Safar 1442
Now : Asr (16:15)
Next : Maghrib (19:01)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in