Seawal jam 7.55 pagi, peserta pertama seminar hartanah abangensem dari Setia Alam telah menghadirkan diri ketika aku sedang melahap nasi lemak di dalam Wira aku. Ayat pertama yang terkeluar dari mulut beliau.. “Ensem jugak abangensem ni ye?“. “You make my day la Bro.. hehehe“.

Segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan. Setiap tips berdasarkan pengalaman, aku susun agar para peserta tidak jemu dengan ilmu-ilmu buku dan sebagaimana sesi-sesi sebelum ini, ‘two-ways communication’ menjadi nadi kekuatan untuk aku menerang dan menyimpulkan setiap persoalan yang dikemukakan. Alhamdulillah semenjak dari siri yang pertama sehingga ke sesi semalam, maklum balas yang aku terima dari mereka yang hadir begitu baik sekali. Tidak pernah sekali pun aku melihat ada antara mereka yang menguap walaupun suhu bilik tu berada di bawah paras beku (bak kata Tuan Bri) dan itu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya mereka memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang aku cuba sampaikan. Walaubagaimanapun seperti apa yang aku pernah katakan sebelum ini, mini seminar aku ini hanyalah sebagai ‘teaser’ atau pembuka minda kepada pelaburan hartanah sahaja dan bagi memperolehi ilmu hartanah yang lebih lengkap, aku syorkan korang pergilah ke seminar/bengkel hartanah mereka yang jauh lebih berjaya daripada aku seperti Dr Shah Razali mahu pun otai lelong kita, Tuan Bri malah jika korang berkemampuan dari segi ‘RM’, Renesial Leong, Milan Doshi dan Azizi Ali adalah antara figura yang memiliki modul pembelanjaran hartanah yang lebih terperinci dan berkesan. Namun, sebagai permulaan mungkin korang boleh pertimbangkan kursus INI yang bakal bermula pada Isnin depan.

AE : Walaupun korang dah pergi berpuluh seminar/bengkel sekalipun, kalau korang tak pratikkan ilmu yang korang perolehi ianya ibarat bagi duit free je kat organisernya. Di sini yang bakal kaya bukanlah korang sebenarnya sebaliknya tuan speaker dan pihak penganjurlah yang selayaknya. Betul tak?
Tak sia² saya merempit dari Cheras AE. Setengah hari yang padat berisi. Jauh lebih baik dari saya jangka. Memang betul² stick pada topik hartanah je. Takde nak meleret cerita motivasi atau ketul emas. Cuma part lawyer tu macam nak kena tambah masa je AE. Bertubi² kena tembak dengan soalan. Tambah lagi 30 minit – 1 jam lagi dah puas hati tu. Lepas ni kalau ada modul baru saya turun lagi.
saya pun merempit jauh dari Pejabat satu Solution di Cheras,
semata mata nak jumpa AE…wow! terangkat rasa Beehoon Goreng..
hehehe.
The Best Teaser from AbgEnsem.com 🙂
tuanbri recently posted..Seminar Pelaburan Hartanah anjuran Tuanbri.com
Tuan bri bantai 2-3 bungkus tadi? kalau sempat nanti saya singgah tuan bri punya mini seminar pulak. dah lama dok follow blog tapi tak penah singgah lagi satu solution punya ofis tu. Jalan kaki pun sampai. Saya dok area situ jugak.
Fendi recently posted..Terima Kasih TM
tima kasih bro..mmg best…baru btul2 paham mcm mana nk start…ni seminar lain asyik dok preview je…buang masa…kita yg baru nk start ni modal ‘letih’ la skit..
beruntung diorang yang dapat pergi seminar kali.
Mintak maaf bebanyak tuan penganjur. Walaupun dah confirmkan nak datang tapi tak datang jugak. Keadaan tak mengizinkan. Ada kecimasan di saat2 akhir..
Tak lama lagi nama abangensem akan berada setaraf dgn nama-nama speaker yang hebat-hebat tu la se ‘level’ dengan tuan bri..hehe
fauzi recently posted..Bagaimana Menjana Wang Dengan Pelaburan Hartanah?
seminar AE ni ada dlm to-do-list saya utk 2012. insyaAllah. =)
LatiffiAziz recently posted..Mana nak cari RM 50,000 atau RM 500,000?
Ramainya yang masukkan dalam to-do-list diorang..
bagus la bro… reaksi positif dari peserta… dan confirm lebih semangat bila ramai peserta gadis dan wanita kan….hik3x
hazman aka species1980 recently posted..Dapatkan QR CODE Blog Anda SEKARANG !!!