Seminar Hartanah Bintulu : Satu Dalam Seribu

Segalanya bermula dari satu whatsapp yang aku terima dari salah seorang follower tegar aku di FB yang memujuk aku untuk menjadikan Bintulu sebagai salah satu destinasi Jelajah Hartanahku untuk tahun ini. Agak lama juga untuk aku bersetuju dan persetujuan berikutnya adalah bersyarat. Beliau perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 15 orang peserta agar segala kos ke sana dapat diserap. Dalam erti kata lain, itulah kos ‘balik modal’ aku untuk ke sana dan beliau bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu 25 September telah aku tetapkan untuk siri seminar pertama aku di sana.

24 September 2016.

Penerbangan lewat petang telah ditempah. Diiring oleh Izami dan Naharul, penerbangan yang mengambil masa 2 jam telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu.

Seminar Hartanah Bintulu

3 individu telah sedia menanti aku, Helen (wakil dari Green Matrix), penaja kereta sewa aku di sana bersama Puan Ros, follower tegar tersebut dan suami beliau, Encik Fahmi yang bakal menjadi pengiring kami di sana.

Destinasi pertama, pastinya port makan malam kami malam itu sementelah flight kami mendarat ketika malam mula menjelma. Sajian seafood menjadi santapan. Alhamdulillah kenyang dengan perut yang sendat-sesendatnya. Terima kasih Puan Ros dan suami.

Seminar Hartanah Bintulu

Pastinya check-in hotel dan istirehat menjadi aktiviti kami selepas itu. Zzzzzz..

25 September 2016.

Selesai bersarapan pagi, bilik seminar menjadi destinasi kami. Ruang sudah mula diisi oleh peserta yang teruja menanti kelibat AE.

Seminar Hartanah Bintulu

Seminar Hartanah Bintulu

Alhamdulillah, ruang waktu 4 jam terasa cepat berlalu. Pelbagai soalan telah diaju. Ramai terpaku mendengar jawapan yang keluar dari mulutku. Sesuatu yang agak mengejutkan pun berlaku. Rata-rata peserta yang hadir rupa-rupanya didominasi oleh golongan profesional di Bintulu. Ada hakim, pegawai undang-undang, doktor pakar beserta para jurutera industri minyak yang mendengar bait tuturku. Pastinya mereka mampu menilai, menimbang dan memikirkan sama ada bual bicaraku itu sesuatu yang praktikal atau sekadar sembang kosong. Namun, Alhamdulillah, maklum balas lisan yang diterima membuatkan aku berasa dihargai.

Terima kasih semua.

Seminar Hartanah Bintulu

Usai berseminar, pastinya kami berangkat pulang dan sebelum kami ke airport, sekali lagi kami dijamu oleh Puan Ros dan suami. Berlokasikan Pantai Tanjung Batu, pelbagai juadah makan tengahari penuh nikmat menjadi santapan. Bila perut kekenyangan, barulah kami berangkat pulang.

Pantai Tanjung Batu Bintulu

Ternyata Bintulu menjadikan pengalaman berseminar aku antara satu dalam seribu. Bersama momen kenangan yang takkan luput ditelan waktu.

4 Comments

  1. Kereta Sewa Subang October 5, 2016
  2. Kereta Sewa Shah Alam October 20, 2016
  3. Farah Alina October 22, 2016
  4. Jue November 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge