Seminar Hartanah Johor : BIGGEST CROWD EVER

Jelajah Hartanah 2016 telah pun bermula.

Dimulakan pada tahun lalu, 2016 merupakan tahun kedua ianya bakal dilangsungkan. Sepertimana tahun lalu, setiap bulan aku akan menjelajahi setiap negeri mengadakan seminar dan untuk tahun ini rutin yang sama juga akan aku lakukan.

Dan destinasi pertama yang aku pilih adalah Johor.

Seminar Hartanah Johor

Sepertimana sebelumnya, Johor Bahru pastinya menjadi pilihan pusat seminar dan Crystal Crown Hotel pula menjadi kelaziman lokasi seminarnya. Namun untuk tahun ini, aku telah menukar venue seminarnya ke Hotel Sentral Johor Bahru dek kerna kapasiti bilik yang lebih besar dari hotel sebelumnya. Ini berdasarkan pengalaman sebelumnya, yang mana aku terpaksa menolak beberapa peserta pada saat akhir disebabkan ketiadaan ruang untuk diisi.

Ternyata pengalaman tersebut membantu, bila mana kehadiran peserta kali ini merupakan sejarah tersendiri buat aku. 75 peserta telah mendaftar dan kesemua ruang telah terisi semaksima mungkin. Paling mengharukan, apabila terpandangkan wajah 2 orang peserta wanita yang sebelumnya pernah menghadiri seminar hartanah aku di Melaka (2013) dan juga Shah Alam (2015). Walaupun dinasihatkan untuk tidak hadir, namun kehadiran mereka menambahkan keyakinan aku yang mereka akan berjaya satu hari nanti dek kerna passion yang ditunjukkan oleh mereka.

Seminar Hartanah Johor 2016

Disebabkan jumlah peserta yang ramai ini jugalah menjadi asbab aku membatalkan penerbangan secara terus bersama pembantu aku, sebaliknya aku menggunakan jalan darat bersama lebih ramai pembantu untuk mengawal kapasiti peserta yang hadir. Ternyata segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Terima kasih buat Tim SLKK berikut yang ringan tangan membantu. Aku terhutang budi dengan korang.

Tim SLKK ku

Yang paling mengujakan aku ialah, hampir kesemua yang hadir merupakan khalayak yang dahagakan ilmu. Ini kerana hampir 2 jam selepas seminar aku dipaksa melayani 1001 macam soalan berkaitan pelaburan dari mereka. Malah, hampir 150 buah buku yang aku bawa, hanya berbaki kurang dari 40 buah sahaja yang tinggal.

Seminar Hartanah Johor

Kredit juga aku berikan ke atas Johor Underground Investor, grup pelaburan yang diterajui oleh ‘Hamba Tuhan’ di atas layanan kelas ‘A’ yang mereka berikan. Aku terharu.

Grup Johor Underground Investor

Grup Johor Underground Investor

Last but not least, 2 orang follower tegar aku, Ah Bing & Alex yang sanggup terbang dari Kota Kinabalu semata-mata untuk memeriahkan Jelajah Hartanah sulung aku kali ini.

12507185_10208337419535822_6654740235606090526_n

My GOOD FRIEND from Sabah, Ah Bing & Alex

TERIMA KASIH SEMUA.

7 Comments

  1. Noriza Rahman January 25, 2016
  2. salehsobri January 28, 2016
  3. Deeno January 29, 2016
  4. Fatin January 30, 2016
  5. Raihanah Ahmad February 1, 2016
  6. anah February 1, 2016
  7. Kereta Sewa Shah Alam February 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge