Selesai sudah destinasi ke-4 jelajah hartanah aku untuk tahun ini. Seperti yang dijangka, peserta Johor tidak pernah mengecewakan bila mana hampir 43 kerusi di Bilik Seminar 1 Hotel Suria City, Johor Bahru telah diisi. Alhamdulillah.
Cuma agak berbeza dari kebiasaannya tatkala melihat tiada sebarang soalan pun diutarakan pada 2 jam pertama. Agak merungsingkan kerna tidak pasti sama ada mereka mengikuti atau tidak intipati content seminar kali ini. Rupa-rupanya bak kata pepatah inggeris, “Save the best for last” bila di penghujung seminar, berpusu-pusu soalan yang ditanya dan hampir 1 jam jugalah untuk aku menjawabnya, Terima kasih semua kerna memberikan respon yang baik terhadap perjalanan seminar kali ini.
Trip kali ini juga agak meriah kerna ianya disertai oleh 5 orang jejaka SLKK (selain aku) yang kesemuanya poyo-poyo belaka. Riuh rendah sepanjang perjalanan. Tak kering gusi dengan aktiviti ‘bahan-membahan’ antara satu sama lain. Kalau tidak mempunyai jati diri yang kental, mahu ada yang sentap keluar kereta jadiknya.. hahaha.

Sebelah malamnya aku berkesempatan bertemu dengan 2 orang rakan sekolah Izzuddinku dulu, Rais Ismail dan rakan sekatilku, Rohaizi Bahari. Banyak juga kami mengimbau momen pahit manis sepanjang bergelar budak sekolah agama dulu. Tak dilupakan juga perihal kerjaya masing-masing sementelah rakan sekatilku kini telah pun menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen Negeri Johor. Pawer tu Beb !! Sayangnya, kami telah dididik oleh ustaz-ustaz kami dahulu untuk tidak mengambil kesempatan atas kedudukan rakan-rakan yang lain. Sujud syukur aku atas didikan yang kami perolehi dulu.

Oh, tidak dilupakan.. ucapan terima kasihku kepada Red (Farid) orang kuat Johor Underground Investor (JUI) yang telah sudi menangguhkan perjalanannya ke KL semata-mata untuk memayungkan makan tengahari kami usai seminar sabtu lalu. Katanya, takut aku mengungkit nanti.. hahaha. I like the reason given.
“Don’t worry Red, kalau gua bahankan lu, itu tandanya gua sayang kat lu. Janji jangan lu sentap sudah.. hehehe”.

Selebihnya, seminar kali ini sememangnya meriah. Thank guys !!
Ruginya tak dapat join seminar hartanah. Masih terasa diri jauh dari mampu untuk melaburkan wang untuk hartanah huuuuu Doakan saya ye kawan-kawan
harapnya, saya berpeluang ke seminar AE di negeri sembilan nanti. amin
siti hazreen recently posted..Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017
wow..terbaik!
Ramai orang muda-muda ye yg attend.. Bagus diorang ada cita2 nak ceburkan diri dalam pelaburan hartanah. Baru la bijak.
Wan Syahida recently posted..Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?
Sekarang ni nak dapatkan apa2 ilmu sangat2 mudah dan boleh buat survey sendiri. Dengan adanya Internet semuanya dihujung jari. So Kenapa masih nak adakan seminar dan kenapa masih lagi kita nak bayar mahal2 yuran seminar.