Seminar Hartanah Melaka : Best Sangat !!

Best Sangat !!

Itulah komen aku untuk aktiviti sepanjang minggu ini.

26 Februari 2016.

Dimulakan dengan berita gembira KLezCar yang telah sudi me’mayung’kan sebuah Vellfire untuk kegunaan Tim aku ke Melaka. InshaaAllah, akan ada ganjaran dariNya atas kebaikan mereka di dalam memanjangkan lagi usaha perkongsian ilmu ke seluruh negara. Lawati laman sesawang KLezCar di –> SINI.

Sepanjang perjalanan aktiviti dipenuhi dengan acara tidur dan tidur, walaupun letak duduknya negeri Melaka hanyalah kurang 2 jam dari Lembah Kelang. Apakan daya, kesemua Tim aku tidak sanggup mendengar 1001 ‘kencing’an aku seperti yang terjadi dalam Jelajah Hartanah sebelum ini.. hehehe. Penyudahnya, hanya buku ini yang menjadi aktiviti bacaan aku di sepanjang perjalanan.

Rahsia Beli Rumah Kos Rendah

Sesampainya kami di Melaka dan setelah selesai urusan check-in, maka Jonker Walk kami terjah. Sementelah kebanyakan dari Tim aku agak oversize badannya, maka perjalanan pulang ke hotel terpaksa dipermudahkan dengan pengangkutan beca. Agak kecewa aku di situ kerna sangkaku, dapatlah aku ber‘eksesais’ dari Stadthuys ke hotel berjalan kaki. Aku terpaksa redho.

Seminar Hartanah Melaka

Aktiviti malam kami kemudiannya dipenuhi dengan 1001 menu makan malam. Lokasinya, pastinya di Medan Ikan Bakar Duyung. Dari ketam ke udang, dari udang ke sotong, dari sotong ke pepahat, sehingga diakhiri dengan Siakap Masam Manis dan Bakar sebagai penutup selera. Penyudahnya, seawal jam 11 malam, masing-masing sudah terbongkang di katil masing-masing. Hurmmmm.

Medan Ikan Bakar Duyung

27 Februari 2016.

Aku dikejutkan dengan laungan azan Suboh dari Masjid Kampung Hulu yang berhadapan dengan hotel kami.

Masjid Kampung Hulu

Usai solat Suboh, tiba-tiba timbul rasa panik mengingatkan yang bilik seminar pagi ini tidak mempunyai papan putih mahu pun kertas mahjong untuk aku coretkan tips dan teknik hartanah aku. Maklum sahajalah, slide presentation aku lebih dipenuhi dengan bermacam gambar sebagai pelaris cerita.

Rezeki aku. Sewaktu bersarapan pagi, salah seorang staf hotel telah menegurku. Lantas, hasrat untuk mendapatkan material tersebut aku panjangkan kepada beliau dan janji beliau, “inshaaAllah saya cuba dapatkan untuk Abang”. Setel !!

Agak mengejutkan apabila jam 9.00 pagi hampir semua kerusi telah diduduki sedangkan perkongsian aku hanya akan dimulakan tepat 9.30 pagi. Sedikit celoteh aku bekalkan buat mereka. Alhamdulillah, respon yang diterima amat-amat baik lalu menghilangkan terus nervous aku pagi itu.

Seminar Hartanah Melaka

Rupa-rupanya ada yang datang dari Johor, tak kurang juga yang berkelana dari Lembah Kelang. Terharu aku.

Seminar Hartanah Melaka

Slide terakhir telah melabuhkan tirai tepat jam 1 petang. Sesi fotografi dan jualan buku berjalan dengan lancar. Terima kasih buat mereka yang sudi memotretkan wajah aku di dalam handphone mereka. Tak kurang juga yang sudi menjadikan autograf aku sebagai pembakar semangat mereka. Sejujurnya, aku juga sama macam kalian. Tiada apa yang istimewanya. Hanya paras rupa sahaja yang kelihatan ensem.

Seminar Hartanah Melaka

Seminar Hartanah Melaka

Aktiviti terakhir kami pastinya mencari Asam Pedas dan lokasi pilihannya pula, sudah tentulah di Hajah Rahmah Asam Pedas di Bukit Katil. Suapan aku tengahari itu diserikan pula dengan beberapa kuntum ‘bunga’. Maka, makin sedaplah menu aku tengahari itu. Terima kasih buat Akmar, Asrima dan Nadrah kerna sudi menemani. Juga buat sang jejaka yang turut serta. Sorry, sebab aku agak sukar untuk mengingati nama Balak.. hehehe (Jangan marah ye Khairul Amal).

The Thorn Among the Roses

The Thorn Among the Roses

Selesai makan, kami pun pulang dengan riang gembira.

The End.

P/S : Next trip, pastinya ke Kuching.

2 Comments

  1. Klezcar March 1, 2016
  2. Raihanah Ahmad March 2, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge