Seminar Hartanah Pahang

Seminar Hartanah Pahang

Aku sempat bertemu dengan 2 orang pembaca blogku yang menetap di Kuantan ketika konvensyen Havoc Hartanah minggu lalu. Sempat juga mereka mempelawa aku untuk berseminar di sana, Ternyata pelawaan mereka aku terima dengan tangan terbuka kerana sememangnya aku telah pun memilih bulan November untuk ke sana. Lantas tarikh 29 November (Sabtu) telah aku maklumkan pada mereka ketika itu dan tanpa disangka, gambar ini telah dikirimkan ke kotak whatsappku tempohari di mana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampus UIA, Indera Mahkota menjadi lokasi pilihan.

Berapa pula yurannya dan apakah pula modulnya?

Yuran untuk pendaftaran telah aku tetapkan pada kadar RM99.00.

Topik yang bakal aku bentangkan pastinya berkaitan pelaburan hartanah subsale dengan tumpuan diberikan kepada tips dan teknik mendapatkan rumah ‘below market’, manakala Tuan Shafie kita pula akan bercerita tentang hartanah lelong dan homestay.

Buat anda yang berminat, pendaftaran dan pembayarannya boleh dilakukan dengan mengisi borang di LINK –> INI.

7 Comments

  1. nashar September 27, 2014
  2. siti hazreen September 27, 2014
    • abangensem September 28, 2014
  3. fadhli October 3, 2014
  4. Denaihati October 9, 2014
  5. Mummy Dina October 17, 2014
  6. faridah November 3, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge