Seminar Hartanah Pahang, Paling Enjoy

Sudah hampir 3 tahun aku menjelajah dari satu negeri ke satu negeri mengadakan pelbagai siri seminar mencelikkan golongan muda perihal pelaburan hartanah. Dari utara tanahair membawa ke Sabah Sarawak, semuanya menghadirkan pengalaman yang tak mampu aku lupakan. Selama itulah pelbagai ragam pelabur, kondisi hartanah kawasan sekitar sehinggalah ke tempat-tempat mengujakan yang telah aku temui.

Pengalaman lalu di Pantai Tanjung Aru

Pengalaman lalu di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

Semalam. Satu lagi negeri telah berjaya aku jejaki. Walaupun ini kehadiranku untuk kali kedua (boleh baca pengalaman kali pertamaku di link –> INI), tetapi kemeriahannya mengatasi siri seminar sebelumnya. Sangat-sangat enjoy.

Kenapa?

Jika sebelumnya, perjalanan kami hanyalah dari airport-hotel-bilik seminar-airport, tetapi kali ini amat berbeza. Sebuah Vellfire telah kami sewa. Segerombolan rakan-rakan “SLKK” telah aku angkut. Hasilnya, sepanjang perjalanan KL-Kuantan dipenuhi dengan keriuhan.

Pakej Vellfire + Pak Supir yang telah aku sewa pada harga 'mampu bayar'.. hehehe

Pakej Vellfire + Pak Supir yang telah aku sewa pada harga ‘mampu bayar’.. hehehe

Peace Yo!!

Peace Yo!!

Ini destinasi pertama kami sebaik sahaja selesai urusan ‘check-in’ hotel. Pantai Teluk Cempedak menjadi saksi ‘brotherhood-bonding-time’ antara kami.

Setibanya kami di Teluk Cempedak. Tiada dalam gambar - Pak Supir yang sibuk memarkirkan Vellfirenya.. hehehe

Setibanya kami di Teluk Cempedak. Tiada dalam gambar – Pak Supir yang sibuk memarkirkan Vellfirenya.. hehehe

Selesai berjimba, bilik hotel menjadi tempat pelepas lelah sebelum diakhiri dengan santapan malam. Ternyata bil malam itu menjadi antara bil makan malam kami yang paling mahal yang pernah kami bayar. Hanya RM1,048.00.. hehehe. Sebetulnya, hanya typo semata dan hanya disedari sekembalinya kami ke hotel malam itu.

Bil makan malam paling mahal kami.. hehehe

Bil makan malam paling mahal kami.. hehehe

Keesokannya.

Seperti biasa, selera aku untuk bersarapan pastinya berkurangan, kerna setiap kali sebelum seminar pasti gigil dan nervous aku mula bertamu. Hasilnya, mihun dan nasi goreng pagi itu hanya ku jamah sepinggan sahaja.

Crowd pagi semalam amat-amat-amat sporting. Baik yang lelaki mahu pun yang wanita. Agak banyak juga soalan yang diajukan. Dari slot 2 jam setengah menganjak ke 3 jam dan sejujurnya, aku dapat rasakan yang inilah talk aku yang paling lengkap pernah aku sampaikan. Tanpa ketinggalan sebarang tips dan teknik. Tanpa ada rahsia yang terselindung. Semuanya aku kongsikan. Ternyata ianya rezeki orang Pahang.

Seminar Hartanah Pahang

Seminar Hartanah Pahang

Aktiviti seterusnya, ‘Paeh Patin’ menjadi santapan makan tengahari kami. Menu kali ini benar-benar sedap dan lazat. Sumpah!! Kalau tidak, mana mungkin rakan-rakan “SLKK” aku menjadikannya bekalan untuk dibungkus balik KL?

Tarbaekkkkk Boh

Tarbaekkkkk Boh

Dan sementara menantikan slot sebelah petang ASB Genius selesai, sekali lagi kami ke Teluk Cempedak. Melayan nyanyian buskers sambil disajikan dengan coconut shake sehingga jam 6.00 petang. Tepat jam 6.30 dan setelah menjemput Bro Khairul Ezuwan dari bilik seminar hotel, barulah kami memulakan perjalanan pulang dan alhamdulillah, semuanya telah selamat sampai sebelum sempat Arsenal menjaringkan gol pertama ke atas Watford lewat pagi tadi.

Hidup Gunners !! Tetiba..

Seminar Hartanah Pahang

3 Comments

  1. eyriqazz October 20, 2015
  2. Man May 26, 2016
    • abangensem May 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge