• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / seminar / Seminar Hartanah Pantai Timur

Seminar Hartanah Pantai Timur

abangensem · 14 May 2013 · 9 Comments

Alhamdulillah selesai sudah Seminar Hartanah Pantai Timur Siri 1 yang telah berlangsung pada 11 Mei 2013 yang lalu. Lokasi yang dipilih, tak lain tak bukan di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu.

Antara Para Peserta Yang Hadir
Antara Para Peserta Yang Hadir

Pada awalnya, aku seakan-akan ingin membatalkan siri Seminar Hartanah Pantai Timur ini dek kerna kurangnya sambutan. Hanya 9 orang sahaja yang mendaftar dan membayar pada tarikh akhir pembayaran perlu dilakukan. Namun kuasa Allah tiada siapa yang mampu menidakkannya. Pada hari kejadian, hampir 10 orang telah mendaftar dan membayar secara walk-in dan kredit patut aku berikan kepada Tuan Fairuz yang menjadi penyelaras terhadap siri seminar ini. Ternyata beliau adalah antara individu paling rajin yang pernah aku temui.

Tuan Fairuz yang telah dipaksa memberikan pengisian
Tuan Fairuz yang telah dipaksa memberikan pengisian

Jika dalam seminar-seminar hartanah sebelum ini, terdapat barisan lawyer dan banker mengiringi aku tetapi untuk Seminar Hartanah Pantai Timur ini, slot mereka terpaksa ditiadakan disebabkan kedua-duanya berada di luar negara mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Ustaz Hartanah dan Tuan Faizal Assip (MDRT agent) telah sudi membantu aku dan pengisian mereka telah berjaya menenggelamkan presentation aku pada hari itu. Kudos to both of them. Ternyata korang berjaya melaksanakan amanah yang diberi dengan cemerlang. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan bekerjasama lagi.

Ternyata banyak info dan tips berkaitan pelaburan hartanah di Pantai Timur telah berjaya aku gali semasa Seminar Hartanah ini berlangsung, antaranya :

  • Harga rumah di Terengganu kadangkala jauh lebih tinggi dari sesetengah kawasan di Lembah Kelang walaupun saiz rumahnya hampir sama.
  • Tiada benchmark harga standard yang mampu diberikan oleh jurunilai di sebelah sana.
  • Hanya beberapa daerah sahaja yang sesuai untuk dibuat pelaburan seperti Bandar Kuala Terengganu, Dungun (dikelilingi oleh institusi pengajian seperti UiTM dan Politeknik), Paka, Kerteh dan Kemaman (Bandar Minyak).
  • Lokasi berpotensi yang bakal dibangunkan adalah di sekitar lapangan terbang di mana penerbangan haji/umrah bagi jemaah di Pantai Timur bakal beroperasi tidak lama lagi.
Ustaz Hartanah yang banyak membantu aku
Ustaz Hartanah yang telah banyak membantu aku

Ternyata Seminar Hartanah Pantai Timur ini menyajikan pengalaman yang menarik serta mendebarkan buat aku dan ternyata banyak pengajaran di dalam urusan pengelolaan yang perlu aku jadikan iktibar untuk seminar yang mendatang.

AE : Terharu apabila dikunjungi ‘peminat’ dari bilik seminar di sebelah yang katanya mengikuti blog dan FB aku sambil meminta aku menurunkan autograf di buku JBBi aku.

 

 
Tweet

Related posts:

  1. Seminar Hartanah Sesi Utara Siri 2
  2. Seminar Hartanah Untuk Beginner
  3. Senarai Peserta Mini Seminar ke 15
  4. Alhamdulillah
  5. Seminar Hartanah AE @ Mei 2013

Filed Under: seminar Tagged With: seminar hartanah pantai timur

Reader Interactions

Comments

  1. boni Ultra kacak says

    14 May 2013 at 10:52 am

    owh, yang ni lah yang ariff syah , MB ikut sekali tu ye..hehe
    boni Ultra kacak recently posted..Apam Balik Di Majlis Cukur Jambul

    Reply
    • Melastik Bintang says

      14 May 2013 at 11:04 am

      boni ultraman… yup..aku ada tugas kat sana…
      Melastik Bintang recently posted..Rindu Pada Anak Dan Isteri

      Reply
  2. Melastik Bintang says

    14 May 2013 at 11:05 am

    rugi gua tak amik gambar awek kopok tu..
    Melastik Bintang recently posted..Rindu Pada Anak Dan Isteri

    Reply
  3. fyna says

    14 May 2013 at 12:06 pm

    bestnye!!
    fyna recently posted..Malas Atau Tiada Mood? Ini Makan Dia!

    Reply
  4. eyriqazz says

    14 May 2013 at 2:03 pm

    kampung halaman ku….bro tak bawak balik sorang dua awek terengganu ke?
    eyriqazz recently posted..Makin Aktif dan Lasak

    Reply
  5. Denaihati says

    14 May 2013 at 2:09 pm

    tahniah seminar ni berjaya bro. tahniah juga ada peminat setia sertai seminar…
    Denaihati recently posted..Siem Reap ke Battambang satu catatan perjalanan

    Reply
  6. Juan says

    14 May 2013 at 6:21 pm

    lawa juga yer awek pantai timur
    Juan recently posted..Cara Cara Panduan Membuat dan Menjahit Baju Kurung Tradisional

    Reply
  7. bukit gambang says

    14 May 2013 at 9:28 pm

    sampai ke teganu tu, buleh le makan nasi dagang..hehe

    Reply
  8. Hafizul says

    18 May 2013 at 12:56 pm

    Emm ilmu matap diorang dapat ni..hehe..tahnaih buat AE kerana berjaya buat seminar ni berjalan dgn jayanya..hehe
    Hafizul recently posted..Pendapatan Ke 14 Dari Jobdirumah

    Reply

Trackbacks

  1. Seminar Hartanah Terengganu | Blog Abang Ensem says:
    22 April 2015 at 12:02 am

    […] Seminar Hartanah Terengganu kembali lagi setelah kali terakhir ianya di adakan pada 11 Mei 2013 (Klik –> SINI). […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

جمعة
15 Rabiul Akhir 1441
Now : Dhuhr (13:07)
Next : Asr (16:31)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in