Seminar Hartanah Sabah (Part 1)

Rindu pula rasanya setelah hampir 4 hari aku tidak mengemas kinikan blog ini. Alasannya, kerna kesibukan aku mengejar masa sepanjang Seminar Hartanah Sabahku.

Lewat petang Jumaat, aku telah pun berangkat ke destinasi pertama seminar hartanahku di Sabah. Mana lagi jika tidak di Kota Kinabalu.

Kapalterbang yang bakal menerbangkan kami ke KK

Alhamdulillah, kapal terbangku telah selamat sampai sekitar jam 6.30 petang. Syukur juga kerana bekas peserta seminar pertamaku dulu, Bro Sapri telah sudi menjemputku di airport.

Destinasi pertama kami usai menjejakkan kaki di Bandar Kota Kinabalu ialah Foodcourt Grace Point. Selesai makan malam, kami dibawa ke Zara’s Boutique Hotel, tempat penginapan dan seterusnya lokasi berlangsungnya seminar di Kota Kinabalu. Tiada aktiviti yang menarik malam itu melainkan merehatkan diri di tilam empuk dengan kondisi yang amat selesa.

Foodcourt Grace Point yang berdekatan dengan Tugu Peringatan Double Six

Keesokannya, jumlah peserta seperti yang dijangkakan. Ruang berkapasiti 35 orang seawal jam 8.30 telah mula dipenuhi. Walaupun 6 orang tidak dapat menghadiri seminar pagi itu, tetapi jumlah seramai 29 orang telah cukup meng’havoc‘kan suasana.

Alhamdulillah, slot berlangsung dalam suasana yang santai dan tersusun. Walaupun terdapat bekas peserta aku yang turut hadir, tetapi feedback yang aku terima dari beliau tetap bertaraf 5 bintang.

Bersama Peserta Seminar di Kota Kinabalu

Sementara menantikan penerbangan lewat malam kami ke Tawau, sesi mengeteh bersama beberapa orang peserta telah berlangsung hampir 4 jam. Terima kasih kepada Bro Amirul, Faiezul dan Sis Anna Sukri yang telah sudi menemankan aku.

Sekitar jam 5, kami telah bertolak ke airport bagi mengejar penerbangan MasWings berikutnya.

Kepenatan menantikan penerbangan ke Tawau

(bersambung)

3 Comments

  1. MG schmidt August 26, 2014
  2. Rujukan Kastam August 26, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge