Alhamdulillah.
Selesai sudah urusan pembayaran penuh sewa bilik seminar di Hotel The Palace Kota Kinabalu. Walaupun sewa bilik seminar di Sabah jauh lebih tinggi dari sewa bilik seminar di hotel-hotel negeri lain, tapi aku tetap dengan niat aku untuk meneruskan hasrat berseminar di sana.
Alhamdulillah juga apabila melihatkan jumlah penyertaan yang aku terima (15 orang setakat ini) dan aku harap jumlah peserta bakal melangkaui jumlah yang hadir ketika aku berseminar di Bumi Kenyalang tempohari.
Buat mereka yang baru terbaca tentang Seminar ini, suka untuk aku maklumkan tentang butiran Seminar Hartanah di Sabah ini :
- Tarikh : 8 Mac 2014 (Sabtu)
- Masa : 9 pagi sehingga 4 petang
- Lokasi : Hotel The Palace Kota Kinabalu
- Yuran : RM200-00 (termasuk lunch dan 2 tea-break)
Buat mereka yang ingin menyertai, pendaftaran boleh dilakukan di –> SINI dan buat masa ini masih berbaki beberapa tempat lagi.
AE : Ada yang menyindir aku dengan kata-kata, “Kenapa lu caj murah kalau dah tahu sewanya mahal. Dah la tu siap sponsor ramai-ramai (lawyer & banker) lagi tu. Tak ke bodoh namanya tu” dan dalam aku tersenyum kambing hati aku berkata, “Bukan semua keuntungan hanya dinilai dengan wang ringgit Bro”. Harap-harap si penyoal ada terbaca entri ini.
Sebelum ni dah buat Seminar Hartanah di bumi kenyalang… Sekarang ni pergi ke bumi di Bawah Bayu pula… Good Luck… Semoga tidak tergoda dengan kecantikan gadis-gadis di sana… Orang Sabah cantik-cantik Bah… 😉
Mantap.. semoga terus sukses.
tahniah kepada yang pergi
bertembung ni dengan sbb kan?
mantap lah bro!! all the best.. di sudut hatiku, memang nak join terbang ke sana.. tapi apakan daya…
Wahhh semoga sukses selalu AE..ye??
setuju dengan bro…. sesungguhnya rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja….
msh xdpt decide pegi ke x. bolh daftar pd hr sminar x?? or bila final date boleh dftar??
Wahhh ke sabah pulak bahhh..haha..gud luck AE untuk seminar tu nanti..murah2 membuatkan AE makin ensem..gitu..haha
Hafizul recently posted..Ragam Isteri Mengandung
hmmm ada dapat sijil kah ni Boss ?
Takde Tuan.
bila last date mau dftar?
Selamat datang ke Sabah tuan.. Moga dapat membantu lebih ramai rakyat Sabah..
p/s: kat sabah semua mahal.. huhu
Moms Avenue recently posted..Perbezaan ESP Shaklee Dengan Jenama Lain