Seminar Hartanah Sabah Kembali

Awal pagi semalam satu mesej telah menyinggah ke kotak inboxku. Tuan punya mesej telah meminta aku mengadakan seminar buat kali kedua di negeri beliau mencari rezeki, Sabah. Lebih mengujakan, beliau telah menjanjikan kehadiran seramai 20 orang peserta ke seminar tersebut sekiranya aku bersetuju dengan permintaan beliau. Lalu beberapa sebutharga bilik seminar beserta hotel telah aku dapatkan hasil bantuan bekas peserta aku yang lalu. Hasilnya, butiran berikut telah kami sepakati untuk seminar tersebut :

Tarikh :

23 Ogos 2014 (Sabtu)

Masa :

9 pagi – 1 petang

Lokasi :

  • Zara’s Boutique Hotel (Jika jumlah peserta kurang dari 30)
  • The Palace Hotel (Jika jumlah peserta melebihi angka 30)

Yuran Penyertaan :

RM99 (Harga Kasih Sayang)

Alhamdulillah, sambutan yang aku terima sebaik sahaja post berkaitan seminar ini aku publishkan amat-amat menggalakkan. Seramai 13 orang telah sudi mendaftar (tanpa mengambil kira 20 peserta yang dijanjikan).

Apakah topik yang bakal aku ketengahkan?

Tak lain tak bukan, cara aku melabur di mana penekanan akan lebih diberikan tentang kaedah aku memperolehi rumah below market yang menjadi dambaan ramai. Pastinya ini memberi nilai tambah kepada mereka untuk hadir ke seminar ini selain dari fi ‘kasih sayang’ yang aku tawarkan. Justeru, buat mereka yang berminat untuk mendaftar, anda hendaklah memberikan nama dan contact no ke e-mel seminarae2011@gmail.com atau pun anda boleh PM butiran tersebut di Facebook Abang Ensem.

Seminar Hartanah Sabah Siri 1

Momen Terindah Semasa Seminar Hartanah Sabah Siri 1

 

12 Comments

  1. ohcikgu July 17, 2014
  2. eyriqazz July 17, 2014
  3. eXplorasa July 18, 2014
  4. sohoque July 18, 2014
  5. Mazni Azmi July 19, 2014
  6. Khadeejah Hasmad July 19, 2014
  7. JAYMIEE July 21, 2014
  8. Lyssa August 2, 2014
  9. Hafizul August 6, 2014
  10. faisal August 11, 2014
  11. ainun August 14, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge