Seminar Hartanah Sabah : Momen Semanis Gula

Hari ini genap seminggu Jelajah Hartanah 2015 di Kota Kinabalu melabuhkan tirai. Terlalu banyak momen-momen manis terakam di sepanjang Tim kami di sana, antaranya :

  • Seminar ‘Full House

Untuk kedua kalinya (selepas Seminar di Johor Bahru) kehadiran para pesertanya berada pada jumlah maksimum. Ruang seminar yang mampu diisi oleh 42 orang peserta telah dipenuhi secara total dan sekembalinya aku dari sana, baru aku sedar tiada satu entri promosi pun yang telah aku naikkan di blog ini. Semuanya hasil dari word-of-mouth rakan-rakan di Sabah beserta ‘promosi ala-kadar’ di FB. Alhamdulillah.

42 peserta memenuhi ruang seminar

42 peserta memenuhi ruang seminar

  • Layanan Mesra

Mana mungkin aku melupakan layanan mesra warga Sabah. Dari saat ketibaan kami, sehinggalah ke saat kepulangan kami tak putus-putus kami dilayan bak raja sehari dan antara individu-individu yang paling banyak membantu, pastinya Ah Bing & Alex, antara penaja utama kami di sana. Thank you guys.

Alex (duduk paling kiri) & Ah Bing (duduk kelima dari kiri) antara individu yang banyak membantu

Alex (duduk paling kiri) & Ah Bing (duduk kelima dari kiri) antara individu yang banyak membantu

  • Private Coaching

Buat pertama kalinya, aku mengendalikan sesi ‘private coaching’ di luar Lembah Kelang. Itu pun setelah dipujuk berkali-kali oleh salah seorang peserta yang tidak dapat menghadiri slot aku pada hari seminar itu berlangsung. Ternyata individu tersebut begitu bersungguh walaupun terpaksa menunggu hampir setengah jam (kerna kelewatan aku check-in).  Alhamdulillah, beberapa penjelasan dan perkongsian telah berjaya aku sampaikan bagi meleraikan permasalahan beliau dan consultation fee yang aku caj, biarlah aku dan beliau sahaja yang mengetahui jumlahnya.. hehehe.

  • Trip Kengkawan ‘Perasan Bujang’

Inilah trip Jelajah Hartanah paling happening dalam tahun ini. Manakan tidak, seramai 9 orang kengkawan ‘perasan bujang’ aku telah turut serta dan bila 9 kepala bergabung menjadi 1, macam-macam pe’el yang menggelikan hati pasti timbul. Dari insiden Dr Azizul digoda lelaki gay sehinggalah ke ‘tragedi’ Pantai Tanjung Aru semuanya tersimpan rapi dalam memori masing-masing. Hanya satu pesanan mereka kepada aku, “kalau lu buat lagi trip ke luar KL, jangan lupa ajak gua. Gua pun nak bujang gak macam lu gak walaupun hanya sebulan sekali.. kikiki”.

Muka-muka 'perasan bujang' di Pantai Tanjung Aru

Muka-muka ‘perasan bujang’ di Pantai Tanjung Aru

Begitulah serba sedikit momen yang terakam pada hujung minggu lalu. Ternyata ianya bakal menjadi antara kenangan terindah buat kami semua

Momen Terindah

Momen Terindah

One Response

  1. Kereta Sewa Shah Alam September 13, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge