Seminar Hartanah Sabah, Momen Terindah

Seminar Sabah

Alhamdulillah. Selesai sudah seminar terakhirku di luar Lembah Kelang dan destinasi terakhir yang aku maksudkan ini tak lain tak bukan ialah di Kota Kinabalu, Sabah.

Bukan setakat ianya menjadi lokasi terakhir, malah jumlah fi yang dikenakan juga mencipta sejarah. Dari serendah RM120-00 (paling rendah) membawa ke RM200-00 (paling tinggi), tetap mampu menarik minat mereka yang dahagakan ilmu hartanah. Jangkaan awalku, hanya penduduk di sekitar Kota Kinabalu sahajalah yang akan menyertainya. Namun kejutan demi kejutan mula menerjah tatkala bandar-bandar seperti Tawau (7 jam perjalanan) dan Miri di Sarawak dinyatakan oleh para peserta ketika ditanya dari mana datangnya mereka. Apa pun aku sendiri terharu dengan jumlah maksimum 24 orang yang mampu aku perolehi Sabtu lepas.

Bersama peserta dari Tawau, Irwanti Jumain

Bersama peserta dari Tawau, Irwanti Jumain

Masih terngiang soalan-soalan dari Francis Dungkit yang dahagakan pencerahan dari kami. Tidak lupa juga dengan keramahan Mohd Hafiz, pensyarah Politeknik yang sedang menantikan peluang melanjutkan pengajian Phdnya. Masih terbayang senyuman manis si dara Semenanjung, Ninie Farahana yang baru sebulan menjejakkan kaki di Negeri Di Bawah Bayu. Juga rasa terkejutku ketika dimaklumkan terdapat seramai 7 orang pharmacist yang turut serta di seminar tersebut. Tidak terkecuali 4 warga SBO yang sanggup meluangkan hujung minggu mereka bersama aku.

Bersama warga Petronas

Bersama warga Petronas

Begitu juga Bryan Midir yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dan sedang menantikan posting tempat kerja barunya. Tidak dilupakan Ishar Hamka, biras kepada rakan se’dorm’ aku di Izzuddin. Foustine yang persis aktor Ekin Cheng yang menimbulkan rasa cemburu aku terhadap fesyen rambutnya. Paling menyeramkan aku pastinya kelibat Sahidin Rabaha yang dalam diam, rupa-rupanya seorang pengamal undang-undang. Pastinya beliau tahu yang aku lebih banyak auta dari yang fakta.. hehehe. Arrrggghhhh… terlalu ramai yang ingin aku sebut, yang mana pada aku masing-masing menunjukkan sikap ramah mereka yang pastinya tidak mampu aku lupakan.

Bryan Midir yang kiut

Bryan Midir yang kiut

Apa pun, aku benar-benar gembira dengan ‘outing’ku kali ini dan di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2 individu (Sapri Mad & Irwan Abdul Ghafar) yang telah banyak menyusahkan diri mereka menjemput dan menemani kami sepanjang kami berada di sana. Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan korang.

With Ridhwan Abdullah

With Ridhwan Abdullah

AE : Buat mereka yang ingin mengikuti siri seminar aku seterusnya, pada 22/3/14 ini, pendaftaran sudah mula dibuka di SINI.

3 Comments

  1. Anuar March 11, 2014
  2. nabila biela March 11, 2014
  3. asri March 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge