Seminar Hartanah Sabah (Part 2)

Sambungan dari entri –> INI.

Kesian aku tengok muka rakan banker aku. Pucat, sepucat-pucatnya. Kenapa? Beliau ketakutan untuk menaiki MasWings setelah mendengar kisah ngeri penerbangan aku bersama MasWings sebelumnya. Manakan tidak, pesawat yang aku naiki untuk ke Labuan ketika itu nyaris-nyaris terhempas dan terpaksa berpatah balik ke Miri sementara menantikan cuaca kembali pulih.

Muka 'cuak' banker aku

Muka ‘cuak’ banker aku

Itu kisah beberapa bulan lalu. Alhamdulillah penerbangan kali ini bersama pesawat baru yang masih harum bau kulit ‘leather seat’nya dan ternyata penerbangan kali ini amat-amat mengujakan aku terutamanya dengan gadis manis Sabah sebagai penyeri pesawat (stewardess lettew).. hehehe.

MasWings

Jika di KK, Brader Sapri menunggu kehadiran kami di airport, di Tawau pula, kehadiran kami disambut oleh Puan Fatimah, ‘penganjur bersama’ seminar aku di Tawau dan destinasi pertama kami selepas itu tak lain tak bukan, meningkatkan peluang menghidapi penyakit gout –> makan seafood lettew. Sebagaimana di Kota Kinabalu sebelumnya, pihak penganjur kali ini menjamu kami dengan sajian yang amat-amat ‘meriah’. Ikan kerapu stim, ketam masak pedas, sup ketam, butter prawn, kailan ikan masin dan beberapa side dishes yang aku tak pasti apa namanya menjadi santapan kami malam itu dan tidur kami malam itu bermimpikan hidupan laut.. kikiki.

Dijamu dengan seafood

Dijamu dengan seafood

Hari berikutnya.

Kelas sepatutnya bermula jam 9 dan saat aku sampai (kurang 10 minit dari jam 9), hanya kelibat 5 orang sahaja yang berada dalam kelas dan ketika itu, hanya satu ayat sahaja yang bermain di fikiran aku, “Takde sambutan rupanya..”.

Kelas bermula dan tatkala itu seorang demi seorang peserta mengambil tempat dan dalam tempoh masa 15 minit, ruang bilik telah pun dipenuhi mengakibatkan kerusi tambahan terpaksa dibawa masuk, manakala para peserta terpaksa berhimpit-himpit di ruang sempit. Aku pula mulai goyang bila terpandangkan gegadis-gegadis yang persis Adira AF. Perghhhh… comel siot!!!

Ruang bilik yang hampir dipenuhi

Ruang bilik yang hampir dipenuhi selepas kelas baru 5 minit bermula

Alhamdulillah, kelas berjalan dengan meriahnya. Ada gelak tawa, ada kenyit mata dan seperti yang aku rancangkan, tepat jam 12 lebih sikit, kelas selesai. Sesi fotografi mengambil tempat dan kalau korang tengok gambar-gambar di bawah ni, kompom korang (yang balak) berdarah hidung jadinya.. hehehe, dan sebelum aku berangkat pulang petang itu, sekali lagi kami dijamu dengan nasi goreng daging ‘payau’ oleh Brader Asri yang kepingin sekali memayung aku (katanya la). Sempat juga Puan Fatimah menitipkan 4kg daging payau untuk kami bawa pulang. Terima kasih Puan. Moga-moga murahlah rezeki Puan sekeluarga selepas ni.

Akhir kata, terima kasih semua (warga Kota Kinabalu dan Tawau) kerana layanan yang amat-amat-amat-amat-amat mesra. Aku akan kenang hingga ke akhir hayat aku.

Seminar Hartanah Tawau

Seminar Hartanah Tawau

Seminar Hartanah Tawau

Seminar Hartanah Sabah

Kenangan bersama peserta Tawau

Kenangan bersama peserta Tawau

 

Bergambar bersama Bro Asri, Puan Fatimah dan suami (penganjur bersama) sebelum pulang

Bergambar bersama Bro Asri, Puan Fatimah dan suami (penganjur bersama) sebelum pulang

7 Comments

  1. firdaus talib August 28, 2014
  2. Jaymiee August 28, 2014
  3. Rujukan Kastam August 28, 2014
  4. Denaihati August 28, 2014
  5. ohcikgu August 29, 2014
  6. Kamisah August 29, 2014
  7. RS Rosman September 4, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge