Seminar Hartanah Sarawak : Part 1

Here we go.

Seminar Hartanah Sarawak

Satu lagi siri jelajah hartanah buat tahun 2015. Lokasinya, Kuching Sarawak. Jelajah hartanah ini bakal disertai oleh 4 orang rakan-rakan aku yang akan menjadi pembantu aku di sana nanti. Turut bersama di dalam Tim kali ini tak lain tak bukan, Tuan Syahnaz Akhtar Mat Ali, seorang pelabur hartanah di bawah kategori sublet dan rumah tamu.

Alhamdulillah, penerbangan dari KL ke Kuching berjalan lancar. Tepat jam 5.10 kami telah pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan rakan ‘Izzuddin’ku, Brader Nizam telah pun menunggu kami di lobi ketibaan dengan kereta mewahnya.

Seperti biasa, setelah selesai urusan check-in, lawatan ke bilik seminar kami lakukan. Memandangkan lokasi seminar bukan berada dalam radius hotel penginapan kami (360 Xpress City Center Hotel), bantuan rakan ‘Izzuddin’ku tadi amat-amat ditagih untuk membawa rombongan kami ke sana. Alhamdulillah, pengurusan The Lime Tree Hotel amat profesional di dalam memastikan susun atur bilik berjalan lancar. Hasilnya, bilik seminar ‘roof top’ menjadi halwa mata kami untuk berseminar. Thank you Ms Bibiana and the Team for such a great and professional effort being delivered to us.

Sempat bergambar usai meninjau bilik seminar di The Lime Tree Hotel

Malam.

Alhamdulillah sekali lagi. Salah seorang peserta, Encik Hafizul (orang kuat Public Gold Borneo) telah sudi memayung kami. Ayam Bakar RJ menjadi santapan malam bersama pisang goreng cheese.

RJ Ayam Penyet

RJ Ayam Penyet menjadi lokasi makan malam kami

Setelah kekenyangan, bandar Kuching (terutamanya perkampungan di dalam Bandar Satok) dibawanya kami bersiar. Sempat juga kami meninjau rumah penyanyi Camelia dan Sharifah Zarina.. hehehe. Sudahnya, hampir jam 12 baru dihantarnya kami pulang dan tanpa berlengah lagi, kami melenakan diri dalam keadaan letih yang amat sangat.

Sempat berposing walaupun keletihan

Sempat berposing walaupun keletihan

Bersambung..

2 Comments

  1. mrhanafi March 24, 2015
  2. Najib Mohamed March 30, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge