Seminar Hartanah Sesi Selatan : Pertama Kali

leaderboard2 denaihati Banner
 
Seminar Hartanah Sesi Selatan 4
 

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Johor Bahru untuk siri pertama Seminar Hartanah Sesi Selatan, hanya satu ayat yang mampu aku ucapkan, “Terasa seperti di laman sendiri”.

Wajah manis receptionist hotel yang sememangnya manis. Siakap tiga rasa di Terminal Bas Larkin yang menjejehkan air liur dan mengkuyukan selaput mata aku. Semuanya seakan memberikan petanda baik akan kehadiran pertama aku di wilayah selatan.

Apa pun gigil tetap menggigil. Lebih-lebih lagi tatkala melihatkan suasana mewah bilik seminar aku. Buatnya pembentangan aku tidak semewah suasana bilik, mahu aku ditempelak peserta.. hehehe.

Seminar Hartanah Sesi Selatan 3

Akhirnya pada hari kejadian, bukan aku yang gigil lebih, sebaliknya banker yang aku bawa yang tak lelap tidur malam sebelumnya dan aku as usual, bila dah dapat tempo, setiap ayat yang keluar seakan telus tanpa perlu ditapis. Setiap ‘tips n thots’ aku kongsikan tanpa selindung sehinggakan masa 2 jam yang diberi seakan 2 minit yang tidak langsung aku sedari.

Usai pembentangan, rata-rata meneruskan soalan di meja makan dan sehingga ke akhir sesi, bertalu-talu soalan yang perlu aku jawab dan berderet juga para peserta yang menunggu giliran untuk bergambar dengan aku yang ensem ini dan kesimpulannya, tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan rasa puas hati dengan sambutan yang di luar jangkaan.

Tidak terjangka yang jumlah 50 peserta telah mampu kami hadirkan walaupun ini kali pertama kami ke Wilayah Harimau Selatan.

Tidak terjangka akan jumlah peserta yang seramai ini telah mampu kami hadirkan walaupun ini kali pertama kami ke Wilayah Harimau Selatan #Syukur.

AE : Room mate aku masa kat ITM dulu yang turut hadir ke sesi semalam sempat meluahkan ayat berikut, “Aku heran la. Macamana kamu yang pendiam dan pemalu masa kat ITM dulu boleh pandai bercakap?” dan jawapan jujur aku, “Entah.. Aku sendiri pun tak percaya.. hehehe”.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

This entry was posted in seminar and tagged . Bookmark the permalink.

22 Responses to Seminar Hartanah Sesi Selatan : Pertama Kali

  1. KiD says:

    aku yang pantas dan first!! hik3
    KiD recently posted..Bila Seharian Tanpa Entry

  2. KiD says:

    ooowwhhh…. abangensem ni pemalu kat ITM dulu ghupenye… so shuweeetttt.. ;p
    KiD recently posted..Bila Seharian Tanpa Entry

  3. Nadot says:

    Gile ah ramaaii… Erm.. yang aek2 kat depan tu ke yang AE kata buat facial untuk jumpa AE ? (^_^)
    Nadot recently posted..Jawatan Kosong: Pembantu Setiausaha Pejabat Kontrak

  4. fazrol says:

    Dulu pemalu mmg boleh nampak… ha ha..
    fazrol recently posted..Video CEO Al Jabbar Mengamuk!

  5. Alif Masai says:

    Salam AE, First time p seminar hartanah dan merasa kejap sgt seminar yang di adakan,rasa xcukup info as a newcomer dlm bidang ini..harap lepas ni dapat buat seminar 3 hari..papepon. Ketiga2 speaker memang banyak kongsi info berguna…drpd group presentation,semua beri idea terbaik and lastly,moga pendedahan ini dapat menular ke pelajar2 seperti saya supaya ada ilmu sebelum melabur dalam hartanah.
    Alif Masai recently posted..Jenis-jenis dinar?

  6. eyriqazz says:

    samalah kita..sayapun pemalu…hik3..
    eyriqazz recently posted..Penawar Sindrom Kenadotan

  7. Anuar says:

    Tahniah AE dan Tuan Bri kerana berjaya menganjurkan seminar Sesi Selatan dengan bilangan peserta yang sangat menggalakkan…

    “Itulah rahsia orang yang pendiam dan Pemalu.. Kita akan pandai bercakap bila kena pada tempatnya..” Betul tak AE.. hehehe…
    Anuar recently posted..Rezeki Melalui Pelaburan Emas Tanpa Modal.. Syukur Alhamdulillah..

  8. aslam says:

    wwooowww..mmg ramai. tahniah2…

  9. ctsueraya says:

    part AE prihatin tue tak menahan…haha…..sy pun nak tanya…kenapa dr pendiam bleh bercakap + gatal sikit (opps gatal byk)…larikkkkkkkkk
    ctsueraya recently posted..Kembali ke JALAN LURUS katanyerrrr……

  10. saiful says:

    Tahniah..Ramai jgak…berjaya seminar ini…

  11. elieza says:

    Memang boleh nampak AE jenis pemalu… huhu
    elieza recently posted..CIMB it is then….

  12. matjoe says:

    tahniah bro atas success in hartanah sesi selatan. semoga ilmu berkaitan kepentingan miliki hartanah dapat disebarkan dengan lebih meluas
    matjoe recently posted..Khidmat Servis Plumber di Kajang Sungai Long

  13. halif says:

    ade ole-ole tauhu bakar tak untuk ktorng? hehe
    halif recently posted..Menghargai Diri Sendiri

  14. MK Kimi says:

    bercakap bila perlu kan? pemalu tak semestinya tak pandai bercakap

    :)

  15. Alif Masai says:

    Salam AE, terima kasih kerana sudi buat seminar di JB.Banyak info yang saya dapt dari perkongsian pengalaman dari TuanBri dan AE. Harap lepasni dapat adakan seminar lebih panjang untuk new commer seperti saya,banyak term yang xberapa paham tp syukur Alhamdulillah adanya handout…Looking foward seminar akan dtg di jb untuk student seperti saya supaya tidak salah dalam membuat pelaburan hartanah di masa hadapan…

  16. bagus ni.. selamat maju jaya bro :-)
    pokok manggis depan rumah recently posted..Hujan-Rahmat Atau Peringatan dari Allah S.W.T

  17. naharul says:

    Terima kasih yang memberi komen yg positif pada seminar di selatan…walaupun permulaan tp dengan suasana yg sporting oleh para peserta kami semua gembira berada di sana..hidup johor darul takzim

  18. Pesertanya banyak dan semoga akan semakin banyak dan bertambah pada seminar-seminar selanjutnya aamiin
    Blog Keperawatan recently posted..Partai Peserta Pemilu 2014

  19. Memang hebat & menarik. Kaya dengan maklumat yang penting dalam plea urban hartanah…
    Nooruddin Bin Mohd Taib recently posted..Ubat Darah Tinggi

  20. ramai jugak bro… lepas ni sesi seminar di pantai timur ler pulak.. hehehe
    Melastik Bintang recently posted..Pencarian Penaja Contest

  21. Juan says:

    memang tabik lah dengan AE
    Juan recently posted..Jana Blog Traffic Hanya Dengan Image atau Gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge