Seminar Hartanah Sesi Selatan

 

Assalamu’alaikum,

Seperti yang korang semua sedia maklum menerusi timeline aku di facebook beberapa hari yang lalu, sekali lagi aku dan Tuan Bri akan bergabung tenaga bagi memenuhi permintaan warga selatan untuk siri pertama Seminar Hartanah Sesi Selatan.

Siri pertama ini yang bakal berlangsung pada 13 Januari 2013 (Ahad) bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru dan aku menjangkakan sejumlah 20 peserta bakal memenuhi dewan seminar hotel tersebut. InsyaAllah jika tiada aral melintang, warga selatan juga bakal menjadi saksi pelancaran buku fizikal pertama aku ketika itu.

Bagi korang yang berminat, korang bolehlah mendaftar di blog otai lelong kita dengan men’jentik’ LINK INI dan aku harapkan amaun RM189 ini (bagi bayaran sebelum/pada 15 Disember) tidak menjadi sebab keengganan korang untuk menghadirinya. Malah tempoh masa 2 bulan ini, aku mengharapkan korang mampu untuk mengagihkan amaun tersebut dari kocek perbelanjaan harian korang. Apa yang boleh aku janjikan, kami akan mencuba memberikan yang terbaik buat korang di selatan.

Mampukah warga Selatan mengatasi jumlah peserta Sesi Utara ini?

AE : Mampukah kehadiran warga selatan mengatasi jumlah 37 peserta warga utara sebelum ini?

12 Comments

  1. KiD December 3, 2012
  2. hatiputera December 3, 2012
  3. faizalPJ December 3, 2012
  4. boni kacak December 4, 2012
  5. Juan December 4, 2012
  6. Hafizul December 4, 2012
  7. sohoque December 4, 2012
  8. Farid Adam December 5, 2012
  9. shasha yacob December 8, 2012
  10. Rem December 8, 2012
  11. Mohd Zakwan December 8, 2012
  12. sha December 9, 2012

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge