Seminar Hartanah Sesi Utara : Detik Dihitung

 

Semalaman aku menyiapkan presentation slide untuk seminar hartanah sesi utara hujung minggu ini dan alhamdulillah, segalanya telah aku persiapkan sepertimana yang dirancangkan dan sebentar lagi, kereta 1.3 series akan ku hantar untuk dibasuh manakala kain baju akan aku masukkan ke dalam bagasi ‘comel’ku.

Saat ini tiada apa yang lebih menggembirakan aku melainkan untuk berkongsi ilmu bersama warga utara dan beberapa tips ‘simple but practical’ telah aku persiapkan untuk diperdengarkan kepada mereka. Jadi buat 20 orang yang telah aku senaraikan di dalam ENTRI INI dapatlah kiranya korang terpacak sebelum jam 9 pagi di aras 1 Hotel Seri Malaysia Kepala Batas bagi melancarkan sesi kali ini dan aturcara yang telah kami susun untuk hari itu adalah seperti berikut :

8.30 – 8.45 pagi : Pendaftaran
8.45 – 10.45 pagi : Slot 1 (Abang Ensem)
10.45 – 11.00 pagi : Rehat
11.00 – 1.00 petang : Slot 2 (Tuan Bri)
1.00 – 2.00 petang : Makan T/hari & Solat Zohor
2.00 – 3.15 petang : Slot 3 (AE & TB)
3.15 – 3.30 petang : Rehat
3.30 – 4.30 petang : Bengkel
4.30 – 5.00 petang : Sesi Soal Jawab & Fotografi

Oleh itu, persiapkanlah minda korang untuk menerima input semaksimum mungkin dari kami berdua.

AE : Sangat-sangat teruja lebih-lebih lagi selepas menyaksikan The Blues membenamkan Red Devil kejap tadi. So, u’ols can guess which jersey will I wear this weekend.. hehehe.

Final Whistle Verdict

 

8 Comments

  1. eyriqazz November 1, 2012
  2. Anuar November 1, 2012
  3. shahril sidek November 1, 2012
  4. Nurul November 1, 2012
  5. Rem November 1, 2012
  6. zuan November 1, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge