Seminar Hartanah Terengganu kembali lagi setelah kali terakhir ianya di adakan pada 11 Mei 2013 (Klik –> SINI).
Walaupun tanpa jemputan sepertimana 2 tahun sebelumnya, tetapi aku tetap ingin meneruskannya dan apa yang lebih mengejutkan ialah, seramai 5 orang telah terlebih dahulu mendaftar walaupun entri promosi ini belum lagi aku tulis.
Alhamdulillah.
Moga-moga lebih ramai lagi pencinta-pencinta hartanah di sana yang bakal mendaftar.
Sebenarnya tiada yang istimewa yang ingin aku sampaikan. Hanyalah perkongsian tips dan cara aku mendapatkan rumah ‘below market’ yang menjadi kekuatan pelaburan aku selama ini.
Selain aku, Seminar Hartanah Terengganu ini juga turut menampilkan banker kepercayaan aku, Puan Liza Suriani yang bakal menyajikan tips beserta rahsia mudah lulus pinjaman bagi memudahkan para pelabur di sana mendapatkan pinjaman mereka nanti.
Bagi yang sudah mula teruja untuk menyertainya, berikut adalah serba-sedikit butiran mengenai Seminar ini :
- Tarikh : 23/5/15 (Sabtu)
- Masa : 9 pagi – 4 petang
- Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu
- Yuran untuk 2 slot : RM150.00
- Yuran untuk 1 Slot : RM99.00 seorang
Aturcara :
- 9.00 – 9.30 pagi : Pendaftaran Sesi Pagi
- 9.30 – 12.30 tengahari : Slot 1 (Subsale) – Abang Ensem
- 12.30 – 2.00 petang : Rehat
- 2.00 – 4.00 petang : Slot 2 (Banker) – Liza Suriani
Berminat untuk turut serta? Anda hanya perlu mendaftar di link –> INI.
Seminar hartanah kembali lagi ke negeri penyu bertelur. Rasanya ramai kawan di Terengganu yang perlukan pendedahan seminar ini. Berbanding di Kelantan, rakyat Terengganu lebih ramai tinggal dengan keluarga (belum ada rumah sendiri). Seminar ini insya-Allah dapat membantu.
Inspirasi Huda recently posted..Ada apa dengan hati?
seronok kalau dapat beli rumah yang valuenya below market
Wahhh..masa yang terbaik ni kalau nak selfie dengan AE..haha..
bestnya kalau masa tu dapat join..tapi jauh sangat dekat ganu 🙂
Mama Arif recently posted..Univilla Homestay Tawau luas dan selesa pada harga bajet
Untung org terengganu
Chai recently posted..Berapa Telco Caj Prepaid Untuk Perbualan Harian Anda
teringin nak jumpa dengan Abang ensem….mungkin satu hari nanti…inshaa allah.
Untung orang terengganu bila la nak mai perlis ye abang ensem?
Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa di Kelana Jaya By Kereta Sewa Kelana Jaya
Nak join, nak join…boleh balik kg ni..hehehe..
bertuah sokmo orang ganung…..
Kereta sewa subang recently posted..KERETA SEWA SUNGAI BULOH
wahh abang ensem datang ganu..