Seminar Hartanah Terengganu : Pergi 1 Beg, Balik Berbeg-Beg

Pergi 1 beg, bila balik ber’beg-beg’ sehingga terpaksalah aku check-in luggage flight.

Itulah yang berlaku sekembalinya aku dari Seminar Hartanah Terengganu semalam. Keramahan dan kemurahan hati para peserta membuatkan aku rasa terharu. Walaupun pada asalnya jumlah peserta yang mendaftar hanya cukup-cukup untuk ‘break even’ (12 orang), tetapi di saat akhir sejumlah 28 orang peserta telah menghadirkan diri termasuk 4 orang yang datang secara walk-in.

Aku tak pasti kenapa ramai yang segan untuk bergambar dengan aku.. hehehe

Aku tak pasti kenapa masih ramai yang segan untuk bergambar dengan aku.. hehehe

Alhamdulillah terasa lengkap input hartanah yang telah aku kongsikan. Dari pemilihan hartanah, teknik mendapatkan ‘below market property’ sehinggalah kepada cara-cara mendapatkan margin 150% untuk fasiliti pembiayaan bank. Rata-rata maklumbalas yang diterima, amat-amat berpuas hati. Itulah yang membuatkan aku tidak pulang dengan hanya 1 beg, sebaliknya, berbeg-beg keropok dan hasil kraftangan Pantai Timur diberikan sebagai cenderahati.

Terima kasih semua.

3 jam aku 'mengencing'. Basah Beb!! kikiki

3 jam setengah aku ‘mengencing’. Basah Beb!! kikiki

Antara perkongsian terkini yang diberikan oleh rakan-rakan banker yang turut serta semalam ialah peratusan kelulusan Debt Service Ratio (DSR) bagi memudahkan peserta menilai peluang mereka untuk mendapatkan kelulusan. Antara peratusan tersebut adalah seperti berikut :

Maybank :

  • Pendapatan di bawah RM3,500 –> 40% maksima
  • Pendapatan melebihi RM3,500 –> 75% maksima

Manakala bagi RHB pula, peratusannya adalah berskala seperti di dalam gambar di bawah :

DSR RHB Bank

Seminar hartanah seterusnya, pastinya di Alor Setar sepertimana banner di bawah. Oleh itu, buat para warga utara, ramai-ramailah mendaftarkan diri anda di link –> INI.

Seminar Hartanah Kedah

Sempat juga aku bertemu bekas rakan sekelas ‘BBA Marketing‘ku yang kini sibuk bermain dengan cucu setelah beliau bersara beberapa tahun lalu.

AE & Dato Ghani

Juga bekas kerani aku di Public Bank yang kini telah menjadi orang ‘terpenting’ di Loans Department, Kuala Terengganu.

Orang Terengganu, sila bercargas mencari mamat 'Radzihan' ni untuk sebarang urusan berkaitan permohonan pinjaman

Orang Terengganu, sila bercargas mencari mamat ‘Radzihan’ ni untuk sebarang urusan berkaitan permohonan pinjaman

2 Comments

  1. Uncle Zuan May 24, 2015
  2. eyriqazz May 26, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge