Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria

Kurang 10 hari lagi sebelum seminar berlangsung, jumlah peserta masih lagi tidak berganjak. Hanya 7 orang sahaja yang telah membayar. Kos penganjuran masih belum balik modal. Aku mula panik. Lantas Harith Faisal aku hubungi.

Alhamdulillah, beliau sudi membantu dan akhirnya Mac 25 satu status mempromosikan seminar aku dimuat-naikkan oleh beliau. Lalu satu demi satu pendaftaran telah mula menerjah emel “daftar.seminar”ku. Lega, bila jumlah akhir pada hari seminar berlangsung, seramai 23 orang telah mengambil tempat.

Jazakallah Harith yang menjadi perantara kepada makbulnya doaku.

*********************************

Sehari sebelum hari seminar, aku telah pun berada di lokasi seminar. Aku dijemput oleh bekas rakan sekerjaku di Public Bank Shah Alam dulu. Dibawanya aku mengalas perut dengan keropok lekor dan sotong celup tepung berhampiran airport sebelum kami meninjau bilik seminar di TY Hotel.

Bekas sekerja aku yang sanggup menemani aku sepanjang di sana

Lewat malam sekali lagi aku dijamu dengan makanan laut. Kali ini lokasinya di Marang, hampir setengah jam perjalanan dari hotel penginapanku di Vista Tanjung. Usai makan malam, mata seakan tidak larat diangkat lagi dan aku terus lena sebelum sempat berita Nightline berakhir.

*********************************

Seawal jam 8.30, aku sudah pun terpacak di TY Hotel. Aku mula memasang projektor, mengatur buku yang ingin dijual dan seterusnya memeriksa slide presentation aku pada pagi itu. Kelihatan kerusi-kerusi di bilik seminar telah mula dipenuhi sebelum akhirnya penuh terisi sebaik sahaja aku memulakan bicara.

Perjalanan seminar berlangsung seperti biasa. Setiap soalan dijawab. Sebarang ketidak-fahaman dijelaskan. Alhamdulillah, selesai sahaja kelas, ada 2-3 peserta yang hadir memberikan compliments. Alhamdulillah.

Disebabkan penerbangan pulang aku pada sebelah petang, maka kami pun bergegas menikmati hidangan nasi padang yang letaknya berhadapan dengan Masjid Abidin. Selesai sahaja, maka kereta rakanku meluncur laju ke airport dan Alhamdulillah, aku telah sempat menaiki pesawat mengikut jadual.

Adakah seminar ini bakal menjadi yang terakhir?

Begitulah perancangan yang telah aku rangka setakat ini.

2 Comments

  1. Kauthar mohd April 27, 2018
  2. Amir Mazlan May 1, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge