Seminar Paling Penat

Alhamdulillah.

Sabtu lepas telah berlangsungnya 2 slot seminar pelaburan. Satu, kelas hartanah bulananku. Slot berikutnya, seminar tanah yang diadakan pada sebelah petangnya.

Ternyata penganjuran 2 slot seminar pada hari yang sama amat-amat memenatkan. Namun, ianya menyeronokkan.

Kelas Hartanah Abang Ensem Ke 32

Kelas Hartanah 32

Slot kelas hartanahku pada sebelah pagi sekali lagi dihadirkan dengan 2 orang peserta yang sanggup terbang dari Kuching dek kerna tak sanggup menantikan kehadiran aku ke sana tahun depan. Alhamdulillah, mereka juga sudi untuk membantu aku menganjurkan sesi seminar aku tahun depan. Selain daripada itu, buat pertama kalinya ruang dalam bilik seminar aku tidak mencukupi sehinggakan 5 kerusi extra terpaksa dibawa masuk dan diselit-selitkan di antara ruang antara 2 meja. Maaf di atas ketidak selesaan kalian. Aku sendiri konfius tentang bagaimana senarai peserta aku tidak tally dengan jumlah kerusi yang disediakan.. huhuhu.

Abang Ensem

Slot berkaitan tanah pada sebelah petangnya ternyata havoc. Penyampaian speaker yang sememangnya digelar ‘Raja Tanah’ di Pejabat Tanah begitu superb. Setiap persoalan dijawab dengan baik. Setiap permasalahan, diselesaikan dengan yakin. Ternyata banyak tips and tricks yang selama ini menjadi rahsia dalaman orang-orang di Pejabat Tanah dikongsikan beliau, terutamanya yang berkaitan dengan permohonan tanah. Sepertimana yang aku tulis di wall FB aku semalam, “Now I know how to ensure that my application will not be rejected”.. heh heh heh. Beruntung siapa yang dapat hadir semalam.

Untuk Kelas Hartanah berikutnya, inshaaAllah bakal diadakan pada sebelah pagi 15hb November dan seperti biasa, ianya terhad kepada 35 orang pendaftar pertama dan buat anda yang berminat, sudi-sudilah mendaftar di link –> INI. Hanya RM88 diperlukan sebagai yuran pendaftarannya.

6 Comments

  1. faizalpj October 20, 2014
  2. eyriqazz October 20, 2014
  3. Nadot October 21, 2014
  4. nashar October 21, 2014
  5. ohcikgu October 24, 2014
  6. Denaihati October 26, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge