Semuanya Aturan Allah

Fuhhhh..

Ngam ngam clutch plate aku ‘habis’ di depan pintu workshop. Jika tidak, mau kereta aku tersadai samaada di tepi mahu pun di tengah jalan dan sebelum semua ini berlaku, entah macamana tergerak pula hati aku untuk mengikut Jalan Glenmarie sedangkan rutin harian aku adalah menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk pulang ke rumah. Malah segala-galanya bagai telah dirancang bila mana setiap lampu isyarat yang aku tempuhi di sepanjang Jalan Glenmarie kesemuanya menunjukkan warna hijau, yang mana aku tidak perlu berhenti dan menekan clutch untuk menukar gear. Juga sesampai sahaja aku ke workshop tersebut, nasib menyebelahi aku kerana ianya masih belum ditutup sedangkan menurut towkay kedai, kebiasaannya pintu kedai akan ditarik sebelum jam 7 menghampiri detiknya. Dan memang menjadi rezeki aku juga, workshop yang dituju itu bakal beroperasi esoknya walaupun sederetan workshop bersebelahan akan menggunakan kesempatan cuti hari pekerja untuk ‘tutup kedai’. Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah dalam mengatur segala sesuatu dan aku amat-amat bersyukur di atas nikmat yang diberikanNya itu.

AE : Jangan mengeluh sekiranya kita tidak beroleh rumah yang kita ingini pada masa kini kerana mana tahu Allah telah menyediakan rumah yang jauh lebih baik untuk kita laburkan pada masa akan datang.

Comments

  1. lantoi says

    emm aku cam ae juga keje pegawai bank tapi dpt naik tak nak naik. keta myvi jer umah ader 3 tapi taklah cam ae ader 14 bijik oleh sebab aku ni ketagih tengok duit so dlm saving asb aku aku simpan sampailah dah 6 digit tapi bagi akulah mengumpul harta ni tak de kesudahan yg penting kenelah kaya jiwa dan ingat mati jugak. berapa banyak rumah sgt subjektif cuma aku tengah plan nak tambah satu lagi tapi carik yg below 100k sebab anak aku ader 4, so sorang satulah………….
    tapikan ae awk kena jugalah merasa pakai keta yg sedap cam honda ker. aku target nak pakai honda accord tapi tak taulah bila … so ae tak salah pakai keta besar sikit memandgkan awak pun dah ader 14 bijik umahkan……… kenalah manjakan diri setelah berjaya begini. just my 2cents

  2. Ardi_Starob says

    AE takut klu tukau keta2 besao nanti kaki dia tak sampai kat paddle minyak ngan brake uhuk2 akkkk kekekekekkekek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge