Semuanya kerana Madammondoq

Geng Budak Jahat (Left to Right) - abangensem, Dude & Singh

Dek kerana teruja dengan contest yang dianjurkan oleh Madammondoq dan di atas keyakinan yang amat-amat ‘tinggi’ untuk bergelar salah seorang pemenangnya, aku telah mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengajak 2 dari 3 orang ‘Geng Budak Jahat’ untuk menemani aku berbuka puasa di sebuah hotel tidak berbintang hari Jumaat lepas. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mempelajari etika makan di hotel supaya tidak ada daging yang ‘terpelanting’ dan tidak ada pinggan yang ‘dicincang’ dengan pisau yang biasanya disediakan di tepi pinggan semasa sesi buka puasa hari Selasa nanti.. hehehe.

Saat kaki melangkah masuk ke ruang makan restoran tersebut, mata aku terpaku pada jumlah waitress cun yang bakal menemani ‘tetamu’ seperti aku. hari tu Ini baru hotel tak cukup bintang, kalau di Bangkok House, De Palma, mesti lagi comel waitress-waitressnya nanti dan masa ni baru aku terfikir.. “patutkah aku bawak mem aku sama? Kalau aku bawa, macamana aku nak ayat waitress-waitress tu nanti.. hmmmm”.

My favourite, popia goreng & basah. Orang kampung la katakan..

Kesian kambing ni..

Itu baru bab waitressnya, belum masuk bab makanannya dan seperti yang dijangka, bagi ‘orang kampung’ yang ensem macam aku, yang sudah sebati makan dengan tangan, penggunaan fork & spoon menjadi igauan ngeri bagi aku. Itu belum lagi kalau guna ‘2 batang penyepit’ yang biasanya digunakan untuk Chinese Food menu tapi aku percaya yang Thai Food tidak akan menggunakan ‘item’ tersebut sebagai penyuap makanan. Alhamdulillah sesi makan malam tu berlangsung dengan jayanya. Semua makanan yang aku ambil telah selamat di’lemak’kan ke dalam usus aku. Hasilnya, berat aku keesokannya meningkat 0.5 kilo dari biasa.. hahaha dan part yang paling aku suka malam tu ialah menu terakhirnya, apalagi kalau bukan ‘teh tarik’ dan aku percaya dari raut wajah aku tu sudah cukup menggambarkan kemanisan teh tersebut dan aku harap pada sesi berbuka puasa Madammondoq malam tu (kalau aku menang la), akan ada teh tarik yang semanis aku sebagai menu terakhir ye? Amacam, tinggi tak tahap keyakinan aku untuk menang contest tu? hehehe.

Ramai awek kata, mamat botak sebelah aku ni lagi ensem dari aku. Betul ke?

AE : Entri ini hanyalah entri membuang masa aku di petang Ahad bagi mencairkan otak aku yang agak lembab semenjak dari pagi. Kalau ada yang tak puas hati dengan entri ini, korang buat ‘bodo’ je la.

11 Comments

  1. neozul August 21, 2011
  2. naimulfirdaus August 21, 2011
  3. mohd August 21, 2011
    • abangensem August 22, 2011
  4. Seran August 21, 2011
  5. eyriqazz August 21, 2011
  6. abangensem August 21, 2011
  7. madmmondoq August 22, 2011
  8. Uzair Othman August 23, 2011
  9. akuzle ayu September 10, 2011
  10. apaajanews November 14, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge