Semuanya Kerana Pelaburan Hartanah

 

Aku tak pasti samaada korang dah tahu atau pun tidak. Berita ini pun aku terima menerusi timeline si empunya badan. Ya, di timelinenya tertulis yang penulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal ini telah meninggal dan bagi mendapatkan kepastian, aku whatsapp nombor cellphonenya dan jawapan berikut yang kemudiannya aku perolehi :

“Yup, saya bakal meninggalkan kerjaya saya sebagai jurutera dan saya sudah pun memberi sebulan notis”

Apa yang mampu aku katakan dalam hati, “Mamat ni betul-betul gila. Punya la ramai orang dok kejar untuk jadi staf Petronas, alih-alih mamat ni selamba je nak quit” dan apabila whatsapp berikutnya aku tujukan pada beliau :

“Lu nak buat apa beb lepas ni? Dapat offer tempat lain ke?”. Lalu jawapan berikut yang aku terima, “Saya nak concentrate dengan property investment saya dan juga dengan ebook kedua saya“. Damn!! Selepas Tuan BriPie2020, kini seorang lagi blogger hartanah cum property investor yang telah mencapai financial freedomnya walaupun usianya tak sampai 30 tahun, tanpa perlu memikirkan untuk mengadap muka bosnya yang cengal setiap hari.

Ya, semuanya kerana pelaburan hartanah.

Ya, semuanya kerana ebook yang menceritakan perihal pelaburan hartanah. Malah aku difahamkan yang ebook PHTM beliau telah terjual melebihi 300 unit dalam tempoh kurang dari 1 bulan. Apa yang mampu aku katakan, pelaburan hartanah jika kena gayanya mampu merealisasikan impian kita semua untuk hidup tanpa perlu mengikuti ‘rat race’ yang menjadi rutin majoriti masyarakat dunia. Jadi, fikir-fikirkanlah untuk mula melabur.

AE : “300 unit x RM50 = LUMAYAN”. Mesti MAMAT NI teruja bila melihat angka di kalkulatornya. 

14 Comments

  1. KiD October 13, 2012
  2. eyriqazz October 13, 2012
  3. Anuar October 13, 2012
  4. anastasyea October 13, 2012
  5. shahril sidek October 13, 2012
  6. Jawatan Kosong Kerajaan October 13, 2012
  7. wakif October 13, 2012
  8. hatiputera October 13, 2012
  9. Nurul October 13, 2012
  10. azman October 13, 2012
  11. Juan October 13, 2012
  12. ctfarazila October 15, 2012
  13. Denaihati October 15, 2012
  14. hazman aka species1980 October 16, 2012

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge