“SEO Untuk Semua” – Rahsia Income Blog Abang Ensem

Kalau tak kerana Mat Joe, siapalah Abang Ensem di arena blogging. Kalau tak kerana Tuan Bri & Ustaz Raisul, Abang Ensem takkan dikenali di medan seminar dan kalau tak kerana Eyriqazz & Jejai, belum tentu Abang Ensem dikenali di kalangan blogger-blogger di Malaysia dan kalau tak kerana banner AbangEnsem yang tertempek di blog Bro Framestone, mesti ramai yang tak perasan wajah ensem AE yang ada iras-iras Robin Van Persie ni. Mereka inilah watak-watak terpenting yang telah banyak menaikkan nama aku di dunia maya ini. Kalau dulu internet hanyalah medium aku mencari awek tetapi kini, internet telah memberikan pendapatan tambahan buat seorang yang buta I.T satu masa dulu.

Namun, kalau tak kerana seorang anak muda bernama Ariff Shah, sehingga sekarang aku masih cuma mengharapkan iklan dari nuffnang untuk menghasilkan income dari dunia blog ni. Apa kaitannya Mamat Moscow ni dengan income blog aku? As most of you know, he is the one who had introduce Abang Ensem in the google search’s medium through his SEO powerness. Tanyalah kepada 50% dari khalayak pembaca blog ini bagaimana mereka boleh sampai ke blog Abang Ensem dan pasti jawapan-jawapan sebegini yang korang akan terima :

“I’ve been searching on ‘Beli Rumah’ in google search but I had later found Abang Ensem keyword in it. A bit puzzled at first on how property investment can be related with this guy but after browsing into few entries in his blog, I felt a bit wonder how brilliant is this guy especially in attracting people to be involved in this type of investment” – Robin Van Persie

“Saya google keyword ‘hartanah’, alih-alih jumpa title “Belajar pelaburan hartanah bersama Abang Ensem” di ranking kedua google search dan dari saat itu, ke’terlanjur’an saya ke blog ini telah menjebakkan saya untuk terus menjadi follower tegar di blog Abang Ensem. Malah ebooknya pun telah saya beli dan mini seminarnya pun telah saya pergi, 2 kali pulak tu” – Aslam (bukan nama sebenar)

Inilah sebenarnya yang dinamakan the power of SEO yang didefinasikan sebagai Search Engine Optimisation. Thanks to Ariff for ‘this’. Ianya benar-benar penting di dalam mengangkat jenama Abang Ensem di dalam topik hartanah.

Kenapa pula SEO ini penting bagi Abang Ensem?

Pernah tak korang terfikir dari mana datangnya mereka yang membeli ebook aku setiap hari? Walaupun jumlahnya hanya ‘kecil’ tetapi ianya tetap menjadi income tambahan buat aku setiap bulan. Kalau nak diharapkan dari khalayak follower harian AE, sudah pasti sehingga entri ini ditulis kesemua pembaca tegar AE telah pun memiliki paling tidak pun senaskhah ebook tulisannya tetapi hasil jualan semakin meningkat dari bulan ke bulan. Dari manakah datangnya para pembeli ini? Ya, inilah sebenarnya hasil dari ‘permainan SEO’ yang membawa pembeli baru ke blog Abang Ensem dan juga http://bicarahartanah.com. Pasti korang akan berkata “Untunglah AE sebab dapat berkenalan dengan Mamat Moscow ni” dan untuk menangkis andaian tersebut, maka aku telah minta Mamat Moscow ni untuk berkongsi ilmunya dengan korang terutama bagi korang yang ingin meningkatkan jualan produk/perkhidmatan korang di internet. Hasilnya, sebuah ebook bertajuk “SEO Untuk Semua” telah ditulis oleh Saudara Ariff ini yang boleh korang miliki pada harga diskaun serendah RM37. Insyaallah, pulangan yang bakal korang perolehi nanti mampu mengatasi income 4 angka aku sekarang ni.

Bagaimana Nak Beli?

Mudah saja, sila klik LINK INI untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

AE : Cuba korang bayangkan, income makan gaji aku selama 10 tahun telah berjaya aku perolehi hanya dalam tempoh masa kurang dari 2 tahun menerusi ‘permainan SEO’ Saudara Ariff ini. Sekali lagi aku nak ingatkan, buat korang yang nak popularkan produk/servis atau pun jenama blog korang, apa kata korang belajar dari ebook yang ditulis oleh mamat ini. Berbaloi-baloi-baloi.

Jumlah terkini jualan amal ebook AE telah pun meningkat ke angka RM550 hasil sumbangan dari pembeli-pembeli berikut :

  1. Md Latib (Johor Bahru)
  2. Mohd Zainudin (Sungai Buloh)
  3. Hairolnizam Mahamat (Desa Petaling)

Semoga Allah membalas jasa kalian.

37 Comments

  1. zuan March 6, 2012
  2. eyriqazz March 6, 2012
  3. salehsobri March 6, 2012
    • abangensem March 7, 2012
  4. Aslam (bukan nama sebenar) March 6, 2012
  5. man kuala March 6, 2012
  6. matjoe March 6, 2012
    • eun-yong March 6, 2012
    • ariff March 6, 2012
      • Nad March 6, 2012
  7. Nurul March 6, 2012
  8. madammondoq March 6, 2012
  9. Bloggua March 6, 2012
  10. hawa KHH March 6, 2012
  11. Juan March 6, 2012
  12. zhazmi March 6, 2012
  13. stress March 6, 2012
  14. apis March 6, 2012
  15. akuzle ayu March 7, 2012
  16. Zaid March 7, 2012
  17. Ahmad Ijat March 7, 2012
  18. ohcikgu March 7, 2012
  19. Rina As March 20, 2012
  20. bau ketiak April 8, 2012
  21. Naziman September 24, 2012
  22. resep masakan September 29, 2012
  23. Faiz Saaid May 11, 2013
  24. Rokiah July 7, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge