Sepetang Bersama Blogger 2013

leaderboard2 denaihati Banner

 

Sepetang Bersama Blogger 2013

Korang (para blogger) dah tahu ke cerita tentang gathering blogger yang bakal dianjurkan oleh Denaihati Network 26 Januari ini?

Sepetang Bersama Blogger 2012

Sepetang Bersama Blogger 2012

Gathering yang diberi nama Sepetang Bersama Blogger 2013 ini merupakan kesinambungan dari majlis yang sama yang pernah diadakan pada tahun lalu dan ianya bakal diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya bermula jam 2 petang. Alhamdulillah, pihak Denaihati Network masih sudi untuk menganjurkan event yang khabarnya berjaya menghimpunkan sejumlah 200 orang blogger dari Malaysia dan Indonesia yang antara lain bermatlamatkan untuk merapatkan ukhuwah sesama komuniti blogger Nusantara.

Majlis ini bakal mengenengahkan nama-nama hebat blogger tanahair seperti BeautifulNara (Blogger#1 Malaysia), BenAshaari (Fitness Blogger#1), Amanz (Blogger IT#1) dan tidak terkecuali Tuan Denaihati sendiri yang rata-ratanya mempunyai trafik melebihi 100,000 pengunjung setiap hari sebagai forumer (yang bakal menjadi antara aktivitinya nanti), yang mana pengalaman mereka membina jenama blog mereka sehingga mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan akan dikongsikan dengan khalayak yang hadir. #Marvellous.

Hi-Tea Gathering ini turut mendapat tajaan beberapa badan korporat yang telah memungkinkan korang untuk hadir tanpa mengeluarkan sesen pun duit poket korang. Tidak cukup dengan itu, siapa tahu mungkin korang antara mereka yang bertuah yang dapat membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang pastinya lumayan sepertimana blogger ensem di bawah ini.. hehehe.

Mungkinkah 'Gold Bar' akan menggantikan 'Silver Bar' sebagai Grand Prize untuk Lucky Draw tahun ini.. heh heh heh.

Mungkinkah ‘Gold Bar’ akan menggantikan ‘Silver Bar’ sebagai Grand Prize untuk Lucky Draw tahun ini.. heh heh heh.

Korang juga bakal disajikan dengan sketsa dan nyanyian dari barisan artis terkemuka tanahair, antaranya blogger INI dan aktor INI yang pastinya akan membuatkan korang ‘terpaku’ di kerusi korang nanti. #Percayalah.

So, buat korang yang berminat apa tunggu lagi, cepat-cepatlah register di LINK INI, setidak-tidaknya kalau korang tak berpeluang untuk memenangi hadiah lucky draw, korang masih berpeluang untuk menatap wajah kacak aku ini.

AE : Tak sabar aku nak jumpa dan duduk semeja dengan Fatin Liyana minggu depan. #JanganJeles.

Pasti FL teruja untuk duduk semeja dengan aku nanti.. hehehe.

Pasti FL teruja untuk duduk semeja dengan aku nanti.. hehehe.

This entry was posted in Event and tagged . Bookmark the permalink.

21 Responses to Sepetang Bersama Blogger 2013

  1. KiD says:

    fatin… dia tak kompom lagi eh? jumpa di sana abangensem…
    KiD recently posted..Jangan laa SPAM!

  2. Nadot says:

    Tak. Fatin x kan teruja. Percayalah ;p
    Nadot recently posted..Temuduga Yang Menakutkan

  3. Anuar says:

    Bestnya kalau dapat duduk semeja dengan fatin Liyana… Saya pernah makan sebelah meja dengan Fatin Liyana sahaja.. Huh.. ;)
    Anuar recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia

  4. Anuar says:

    Bestnya kalau dapat Silver bar macam abang Di… hihihi…

    Kalau nak dapat Gold Bar, kena lah pakai baju Pink dulu…
    Anuar recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia

  5. Dawaihati says:

    Kalau saya malah dah tak sabar ingin melihat langsung wajah ensem AE :)
    Dawaihati recently posted..Ketika Tangan dan Kaki Berkata

  6. Pemikir says:

    Siapa lagi boleh JOIN…
    Blogger baru macam Pemikir boleh join ke?
    Pemikir recently posted..Di Sebalik UJIAN, Pasti Ada KEBAHAGIAAN

  7. JMR says:

    kalo sumer nk dok semja dgn FL camne AE?kihkih
    JMR recently posted..Mee Rebus Ramli Ipoh sangat sedap..

  8. mesti best kalau ada peluang datang boleh bersua muka dgn AE…hee
    Orang Kampung recently posted..No Internet Access !

  9. azman says:

    Dah register,jumpa kat sana bro!
    azman recently posted..Rangup!

  10. salehsobri says:

    belog dah jd belookar..a caner?

  11. sha says:

    ok jumpa di sana AE . yeayy dpt jumpa Fatin Liyana juga hehe
    sha recently posted..Maharaja Lawak Mega 2012 : Jozan dan kejutan Johan

  12. Sebenarnya ingin sekali bisa bersilaturahmi dan menimba ilmu kepada sahabat-sahabat blogger hebat di Sepetang Bersama Blogger di Malaysia hanya saja karena istri sedang mengandung 9 bulan dan hari-hari menunggu kelahiran anak kedua sehingga keinginan untuk bersilaturahmi harus dipendam dulu…
    Insya Allah lain waktu bila Allah mengijinkan ada masa nantinya aamiin
    Blog Keperawatan recently posted..Penerimaan CPNS Tahun 2013

  13. Elieza says:

    Kawe ni pemalu… duk belake tabir sudoh lah.. Tunggo maso ado rezeki ambo tubik la..
    Elieza recently posted..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 1

  14. Bang Iwan says:

    Semoga bisa ketemu dengan Abang Ensem nantinya.
    Bang Iwan recently posted..Jadwal Lengkap Perempat Final Copa del Rey 2012/13

  15. sohoque says:

    aku dah tersenarai dlm list hadir. yesss.. leh jumpa otai nanti
    sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha

  16. ui teruja lah nk jumpa AE..kekekee.. manatau ada sambungan ombak rindu… ke ” setia hujung nyawa” ke..
    Melastik Bintang recently posted..BLOGGER BARU PILIHAN 2013

  17. Dkna Abza says:

    sedihnyaaaaa.. tak dapat join sob sob sob :(
    Dkna Abza recently posted..Sepetang Bersama Bicara Mak Dara

  18. Manan Qayyim says:

    memang best la kalau dapat berkumpul ramai-ramai….
    Manan Qayyim recently posted..Siapa Pergi Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

  19. azrijohan says:

    tu dia, Fatin Liyana youuuu ;)
    azrijohan recently posted..‘Sunat Wanita’ Dilarang Di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge