Serabut

Hidup aku sehari dua ini agak serabut. Bukan sahaja dibebani dengan beban niaga, malah satu lagi tanggungjawab telah aku galas yakni, sebagai editor dan mangsanya adalah buku berikut,

Mudahnya Beli Rumah

Nampak mudah pada awalnya tetapi setelah aku dalami gerak kerjanya ternyata ianya tidak mudah seperti yang aku sangkakan. Namun, bersyukur jugalah kerana apa yang ditulis di dalamnya sememang aku fahami akan kehendak maksudnya dan inshaaAllah sehari dua lagi draf akhir buku yang mempunyai 146 halaman (setakat ini) mampu aku siapkan.

Buat pencinta pelaburan hartanah, ini adalah naskhah wajib yang anda perlu beli. Buat mereka yang telah membeli versi ebooknya pula, percayalah gaya bahasa dan susunan ayat-ayat di dalam buku ini totally berbeza dari versi yang anda beli.

Buat anda yang tertanya-tanya, “Bilakah buku ini boleh saya beli?”.

InshaaAllah pertengahan bulan hadapan ianya akan mula dijual menerusi ruang di blog ini pada harga sebanyak… (Rahsia!!)… hehehe.

Nantikan.

6 Comments

  1. razis November 14, 2014
  2. nashar November 14, 2014
  3. Nadia Syakila November 14, 2014
  4. Muaz November 14, 2014
  5. eyriqazz November 16, 2014
  6. Kereta Sewa Shah Alam November 17, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge