Serampang Dua Mata..

Unit aku di bangunan yang bercat biru

Akhirnya berjaya juga aku meninjau unit aku di Vista Angkasa setelah hampir 4 tahun aku membelinya. Semuanya gara-gara terdapat kerosakan yang perlu diperbaiki dan atas alasan untuk meninjau sejauhmana kerosakan tersebut, maka petang tadi (14/3/11) sewaktu hujan renyai-renyai aku redahkan diri menaiki LRT ke hentian Universiti bagi meneruskan niat aku untuk ke apartment tersebut.

 

Kaki lima ke Vista Angkasa

Sesampainya aku di stesyen tersebut, aku disambut oleh barisan penjual kaki lima yang sibuk dengan urusan jualbeli masing-masing. Patutla ramai sangat yang suka menyewa di sini, segala-galanya ada di sepanjang kaki lima menuju apartment tersebut. Ada yang menjual nasi ayam, burger, mi dan juga minuman aneka jenis. Namun yang lebih menarik perhatian aku, tak lain tak bukan ‘deretan’ penghuni yang majoritinya dari kalangan kaum ‘Hawa’. Mata yang berair dek titisan hujan, cerah ibarat direnjis ‘eye-mo‘ menyaksikan keanggunan gadis-gadis melayu tersebut.. hahaha.

Unit bernombor (rahsia) aku ketuk dan jelmaan Vanidah Imran muncul di muka pintu menyambut aku dengan sapaan “Ini Encik Meor ye? Kami memang tengah tunggu Encik“. “Hampeh betul. Panggil la aku ni Abang Meor ke. Sejuk sikit telinga aku mendengarnya” kata aku dalam hati.

Korang nak tahu apa berlaku seterusnya, nantikan entri aku esok sebab mata aku dah mengantuk nak mengarang ayat ni.. hehehe.

AE : Cuba korang teka apakah niat sebenar aku??

 

8 Comments

  1. tomato March 15, 2011
  2. fariezul March 15, 2011
  3. Ardi_Starob March 15, 2011
  4. noriz March 15, 2011
  5. Farid Adam March 15, 2011
  6. dinsblog March 15, 2011
  7. Budi Yahya March 15, 2011
  8. waht March 17, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge