Sesi ngeteh yang ditaja oleh penyokong Blackburn

Jejaka bertopi merah yang ada iras-iras 'Frank Lampard'

Malam minggu yang lepas ramai jugak budak-budak Kelab Hartawan Hartanah yang turun sesi ngeteh yang aku anjurkan bersempena dengan melihat kebangkitan semula team Chelsea aku yang turun menentang Blackburn malam tu. Majoriti yang hadir malam tu rupa-rupanya Man U punya fan dan as usual la, malam tu mereka bersepakat menyokong Blackburn supaya Chelsea takkan dapat mengacau Man U kat persada liga. End up, selesai je game malam tu, orang yang tersenyum paling riang tak lain tak bukan ‘mamat’ yang ada iras-iras Frank Lampard kat dalam gambar atas tu (siapa lagi kalau bukan mamat yang pakai jersi Chelsea tu). Lepas tu kitorang layan pulak game Arsenal sampai la group  Brader FAT mengundurkan diri sebab nak pergi tengok rumah kat Bukit Subang. Bersemangat betul diorang nak kumpul 10 buah rumah dalam masa 2 tahun sampaikan sanggup meredah kegelapan dan kesejukan malam semata-mata nak pergi site survey (masa tu pukul 1 pagi tu beb). Aku, TuanBri dan I.T specialist aku, Brader Wan sambung pekena segelas lagi ‘100 plus’ sebelum kami ‘gerak’ jam 2.30 pagi (lepas je Theo Walcott score Arsenal punya second goal). Sampai je rumah, terbedik-bedik mata aku tak boleh lelap sampai Subuh tapi lepas je Subuh, aku sedar-sedar dah pukul 10 pagi. Penangan ngeteh sampai pagi la katakan.

Apa yang menarik ‘ngeteh’ sampai pagi ni? Selain dari dapat meng’usha’ awek kat table sebelah, aku suka mengeteh ni sebab aku dapat tahu banyak info terkini berkaitan dengan property market. Kalau korang nak tau gara-gara melepak malam tu la, aku dapat tahu yang ada satu bank ni yang boleh bagi interest serendah BLR-2% untuk rumah bawah RM100,000 (walaupun low cost flat). Itu belum lagi info tentang another bank yang masih boleh bagi 90% loan margin for third house & above. Korang terkejut?? Relax beb, not all the 90% margin for the home loan but ada kaedah lain yang diorang gunakan yang more or less sama macam aku punya prediction dalam entri beberapa bulan yang lalu. See.. aku dah boleh agak dah yang mesti ada cara untuk overcome this ‘hassle’. Itu belum lagi cerita awek bank mana yang paling cun dan juga lawyer dari firm mana yang paling cute. Rugi beb korang tak join.. heh heh heh. Anyway, jangan susah hati sebab buat korang yang tak berkesempatan nak lepak dengan kitorang malam tu, insyaallah sesi-sesi ngeteh sebegini akan diadakan dari masa ke semasa especially kalau ada game yang melibatkan team Chelsea aku.

Brader FAT tanya aku.. “Tan Sri, aku tak  cukup modal la nak kumpul rumah banyak-banyak. Tan Sri ada cara tak macamana nak atasi masalah modal tak cukup ni?”.Jawab aku.. “Mesti la ada” dan kalau korang nak tahu apakah caranya,  as usual.. korang kena tunggu entri aku yang seterusnya.. hehehe.

Wajah penyokong Man U 'cum' Blackburn yang kehampaan

AE : Thank you to Man U cum Blackburn’s fan for paying my drinks.


6 Comments

  1. peruzz January 18, 2011
    • abangensem January 18, 2011
  2. al_husni January 18, 2011
  3. algu January 18, 2011
  4. peruzz January 19, 2011
  5. waht January 24, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge