Atas permintaan dari beberapa orang follower, suka untuk aku maklumkan bahawa satu “Sesi Sembang Banker (SSB)” bakal diadakan sepertimana butiran berikut dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang prosedur dan proses kelulusan pinjaman dilakukan :
Tarikh : 26 Januari 2013 (Sabtu) / Lokasi : PKNS BizPoint Seksyen 7 Shah Alam
Jam : 9.30am – 12pm / Fi Penyertaan : RM44 sahaja
Profail Banker :
Seorang jejaka yang aku kenali semenjak tahun 2007 yang telah banyak membantu aku di dalam mendapatkan pinjaman. Ketika itu beliau merupakan seorang mortgage officer yang baru mencari tapak sebagai seorang banker. Setelah beberapa ketika, beliau yang pada mulanya hanya bekerja untuk ‘mendapat gaji’ telah memberanikan diri bertanya tentang ilmu-ilmu hartanah yang aku miliki kerana beliau agak hairan melihat permohonan demi permohonan pinjaman perumahan aku ketika itu. Sedikit demi sedikit ilmu hartanah telah aku perturunkan kepada beliau dan akhirnya, alhamdulillah langkah pertama telah mula dioraknya.
Hasil gabungan pengalaman beliau memproses loan dan ilmu hartanah yang aku perturunkan, kini beliau telah memiliki sejumlah 8 buah rumah dengan portfolio aset yang jauh lebih tinggi nilainya daripada nilai aset yang aku miliki. Bukan setakat pelaburan peribadinya sahaja yang menunjukkan kemajuan, karier beliau di sektor perbankan juga telah mula mengukuh. Dari seorang Junior Officer, beliau akhirnya telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai dan melatih sekumpulan ‘budak-budak mortgage sales’ yang baru bertapak di arena perbankan dan ini sekaligus telah meyakinkan aku untuk mengenengahkan beliau untuk membantu aku memberi pencerahan ‘terkini’ di dalam aspek prosedur pemberian pinjaman.
Jadi jika korang berminat untuk menghadirinya? Sila e-melkan ‘minat’ korang tu ke seminarae2011@gmail.com di bawah tajuk “Sesi Sembang Banker (SSB)”.
AE : Secara jujurnya, aku tidak menggalakkan peserta dari luar Lembah Kelang untuk menyertainya kerana sesi ini hanya menekankan aspek pinjaman dan bukannya pelaburan hartanah dan pada masa yang sama, aku kesiankan korang yang bakal menempuh perjalanan yang jauh. #AEPrihatin.
Bakal Peserta (25 orang sahaja) :
-
Md Khairul
- Daud
- Muhammad Umar
- NDivine Resources
- Ayu
- Ahmad Hambal
- Hadi Ali
- Zainuddin
- Norhayati
- Syed Amir Firdaus
- Shah Musbin
- Hanie Sawarin
- Muhd Hafiidz
- Ana Hijrah
- Mohd Fairuz
- Mohd Zahidi
- Fariz
- Mahzan Musa
- Rijalul Fiqri
- Zahari Hamzah
- Saiful Nor Akmal
- Safuan Borhan
- Mohd Fadzli
- Muhd Hadri Shaharudin
- Nasrul Izwan











Alahai.. Baru nak join… Dah kena warning.. Tak boleh join… Tak perlah tak der rezeki nak join pada kali ini…
Anuar recently posted..Keputusan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2
Memang sangat prihatin
Nadot recently posted..CPUV Ke-2 Tahun 2013
Terbaikk
ShahrilSidek recently posted..Blog Aku Disenaraikan
anggaplah SSB ni sbg sessi khidmat sosial dari AE, beli rumah walaupun d bawah market value nak juga kita meminjam d bank, ye tak? ..
..sessi ini adalah pelengkap kepada seminar2 AE..
tarmizi recently posted..Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 Terbaik
Pingback: 5 Aktiviti Musim Cuti Yang Perlu Dilakukan
Teringin nak pg tp mungkin lain kali. mem bersalin masa tu
halif recently posted..Sunyinya Bila Di Atas ; Dilema Pemimpin
Assalamualaikum AE…
Hajat dihati hendak pergi…
tapi apakan daya,jadual aktiviti telah dipenuhi…
So hope AE boleh buat seminar dilain hari…
Agar AmiRini dapat hadir di lain hari….
P/S: dh macam pantun plak… Harap AE berani balas la kan…
AmiRini recently posted..Satu Minggu Satu Doa – Doa naik kenderaan
Perlu pembantu peri’body’?
Abangkhai recently posted..Abangensem – dahulu dan sekarang.. (siri 4)
saya tunggu sessi Teh Tarik bersama AE lah … hari tu tak sempat lepak2
Salam AE, sy dh email. Awek banker takda ke? heheh..
aduiyai.. tarikh clash pulak dengan majlis abang gua.. cukur jambul.. adeh…
Melastik Bintang recently posted..Sticky Post – Tercalon Di Malaysia Social Media Week 2013
huu…kalaulah boleh naik Bas mcm ke KK ….pasti org kg datang
Orang Kampung recently posted..Projek Mega Tahun 2013
Jangan lupa kita gegarkan dewan pkns biz point 26hb nie….ayuh kengkawan semua dapat ilmu yg tidak dapat di beli di 7 eleven
tak dpt le plak.tggu ae belanja mengeteh jer
faizalPj recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
Pingback: Penat Berseminar - blog.ariff
AE, harap lain kali jgn la buat masa cuti yg bercantum coz isnin tu cuti.ramai yg balik kg. frust la x dpt join………..
Beruntunglah mereka yg tinggal di sana. Kalau buat di JB kakak ingat kakak pun akan turutserta.
Kakzakie Purvit recently posted..Teringin menjadi imam
salam kenal abg ensem