• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Setahun dah berlalu..

Setahun dah berlalu..

abangensem · 20 December 2010 · 21 Comments

Pejam celik pejam celik dah genap setahun aku berblogging. Rasa macam baru semalam je aku taip entri ‘Hobi Gila Aku”. Alih-alih baru semalam aku terperasan yang hari ni genap-genap setahun aku dok ngadap ‘lappy’ menaip entri untuk korang baca.

Apa yang aku dapat selama setahun berblogging?

  1. Dapat berkongsi ilmu – Sebenarnya bukan aku sorang je yang bagi info kat korang sebaliknya banyak juga ilmu yang aku dapat dari komen-komen korang samaada secara langsung atau pun tidak. Thanks dudes/babes for all the infos.
  2. Dapat extra income – Banyak ke? Takde la banyak mana pun. Takat iklan nuffnang ada la dalam RM50 tapi most of the income came from my ebooks. Nak kata masyuk sangat tu, takde la cuma lepas la kalau takat nak bayar bil Digi50 aku tiap-tiap bulan. Thanks guys/gals for your support.
  3. Dapat ramai kawan – Kawan yang aku jumpa amatlah ramai. Dari blogger terkenal seperti Hanis Zalikha & Ariff Shah, sampai la ke silent reader yang tegur aku kat shopping complex. Itu belum masuk grup yang attend Seminar Hartanah yang aku kena jebak hari tu. Anyway, lagi ramai kawan, kan ke lagi bagus. At least makin bertambah le orang yang akan sedekahkan aku Al-Fatihah bila dah takde nanti. Betul tak?
  4. Dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik – As you all know, sebahagian dari hasil jualan ebook telah aku infaqkan untuk rumah anak-anak yatim yang mempunyai akaun nombor 558079202536 di Maybank dan inilah sebahagian dari impian aku dari dulu. Aku ingat kalau aku tak buat blog, takkan ada la ebook aku dan kalau ebook aku tak terhasil, agak kurang la peluang aku untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ni. Anyhow, thanks to those yang beli ebook aku. Semoga duit yang korang laburkan itu akan dibalas dengan ganjaran pahala yang lebih besar di akhirat nanti. Amin.

Apa pulak yang aku harapkan untuk setahun yang akan datang?

  • Penghasilan post-post dan ebook-ebook yang lebih bermutu buat korang semua.
  • Rebranding web bicarahartanah.com yang lebih elegan dari yang sedia ada.
  • Dapat membuang emas yang ada kat dalam mulut aku supaya korang boleh dengar sendiri dari mulut aku tentang cara aku melabur (conduct seminar la tu).
  • Mendapatkan jumlah follower dan trafik yang makin bertambah terutamanya dari kalangan awek.. hahaha.
  • Dan yang paling penting ialah dapat menghasilkan lebih ramai ‘Man Kuala’ di masa akan datang, insyaallah.

AE : Korang doa-doakan le impian dan harapan aku akan termakbul nanti.

 
Tweet

No related posts.

Filed Under: my story

Reader Interactions

Comments

  1. Farid Adam says

    20 December 2010 at 5:40 am

    Salam abangensem. Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu bro kepada kami. Kira banyak la amal jariah yang bro dapat, insha-Allah.
    Farid Adam recently posted..Leasehold − Good Or Bad Investment

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:41 pm

      Ala bang, sikit je ilmu yang aku ada..

      Reply
  2. propertywaltz.com says

    20 December 2010 at 9:02 am

    syabas ae.
    blogging ni mmg best.. esp bercakap tentang minat dan ilmu yg kita pakar.
    ramai pulak yg dapat manfaat dr penulisan ae.. insya allah itu semua ilmu yg pembaca manfaatkan yg akan ae bawak buat bekalan nnt.
    propertywaltz.com recently posted..domain 4 launching tomorrow

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:42 pm

      Sis pun apa kurangnya..

      Reply
  3. matjoe says

    20 December 2010 at 9:07 am

    congrats bro. keep up the good work. aku datang tetiap hari.
    matjoe recently posted..Contest- Azam tahun 2011

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:42 pm

      Sama la. Aku pun tiap2 hari datang blog ko.

      Reply
  4. fiz says

    20 December 2010 at 9:16 am

    tahniah AE.. walopon sy x follow setahun lepas, dalam masa 3 hari sy khatam semua posts.. keep it up. ~mau jadi man kuala ke2~

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:43 pm

      3 hari? Dahsyat tu bro..

      Reply
      • fiz says

        21 December 2010 at 7:59 pm

        biasa ar.. mau berjaya.. insyaAllah

        Reply
  5. babuG says

    20 December 2010 at 9:57 am

    salam.. wahh … tahniahx3, berkat sungguh hidup AE, kongsi ilmu, bersedekah dan ramai kawan ( termasuk sya silent reader). Jumaat lepas terjumpa AE kat pelita jln ampang. Nampak AE naik ke surau, Ingat nak berjemaah maghrib bersama . Bila naik ke surau tak nampak pulak AE. Aku bermimpi kee?

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 11:56 am

      Biaq betui bro. Aku naik tengok cuma ada pekerja pelita je yang berjemaah dengan aku.. huhuhu.

      Reply
  6. Mayor says

    20 December 2010 at 10:24 am

    Dengan cara berblog boleh menambah macam-macam termasuk kawan2, link, traffic dan juga pendapatan. Kalau pendapatan dari Internet dah boleh bayar rumah atau kete sebulan, makner nyer 1 tahun yang berjaya la untuk abang ensem…

    Alamak ensem lagi ker…umur dah bertambah tua lagi setahun tu…hee…he

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:44 pm

      Awek lagi suka orang yang dah berumur. Bukan aku cakap bro tapi awek-awek yang aku kenal yang cakap.. hehehe

      Reply
  7. Ardi_Starob says

    20 December 2010 at 10:56 am

    Amin!! Kami sama2 mendoakan semoga segala impian & target tercapai heheheheheheh

    Reply
  8. tuanbri says

    20 December 2010 at 11:37 am

    Ini yang aku seronok ni..

    sambil sambil bercuti di Unit TBR milik Satu Solution Resort,

    sempat jugak update blog….power betul la lu bro…

    Seminar Langkah-2 Hartawan Hartanah kali ini bakal mempersembahkan AE dengan info yang lebih padat!
    tuanbri recently posted..Stesen LRT Kuala Lumpur-Part 2

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:45 pm

      Habis tu dah game Man U vs Chelsea dibatalkan, mengarang la jawabnya..

      Reply
  9. Abdullah Pantaier says

    20 December 2010 at 6:06 pm

    “Rebranding web bicarahartanah.com yang lebih elegan dari yang sedia ada.”

    Elegan??? aku lagi suka santai macam dolu-dolu.

    Reply
    • abangensem says

      20 December 2010 at 8:46 pm

      Lu suka bro?? Macam tak caya je.. hehehe

      Reply
  10. parang says

    20 December 2010 at 11:48 pm

    hang bikin gua lg semangat nak kayuh dunia harta+tanah nie…
    anyway hope same2 bleh maju utk kaum bumi mcm kita nie di tnh sendiri….

    Reply
  11. fauzi says

    21 December 2010 at 2:45 pm

    tahniah bro…semoga bertambah maju dan dpt meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa se-agama utk sama2 berdiri sama tinggi dgn kaum lain..bravo!!

    Reply
  12. AI says

    21 December 2010 at 10:34 pm

    keep it up.. great job!!!

    Reply

Leave a Reply to fauzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

سبتو
15 Rejab 1442
Now : Asr (16:42)
Next : Maghrib (19:27)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in