Pejam celik pejam celik dah genap setahun aku berblogging. Rasa macam baru semalam je aku taip entri ‘Hobi Gila Aku”. Alih-alih baru semalam aku terperasan yang hari ni genap-genap setahun aku dok ngadap ‘lappy’ menaip entri untuk korang baca.
Apa yang aku dapat selama setahun berblogging?
- Dapat berkongsi ilmu – Sebenarnya bukan aku sorang je yang bagi info kat korang sebaliknya banyak juga ilmu yang aku dapat dari komen-komen korang samaada secara langsung atau pun tidak. Thanks dudes/babes for all the infos.
- Dapat extra income – Banyak ke? Takde la banyak mana pun. Takat iklan nuffnang ada la dalam RM50 tapi most of the income came from my ebooks. Nak kata masyuk sangat tu, takde la cuma lepas la kalau takat nak bayar bil Digi50 aku tiap-tiap bulan. Thanks guys/gals for your support.
- Dapat ramai kawan – Kawan yang aku jumpa amatlah ramai. Dari blogger terkenal seperti Hanis Zalikha & Ariff Shah, sampai la ke silent reader yang tegur aku kat shopping complex. Itu belum masuk grup yang attend Seminar Hartanah yang aku kena jebak hari tu. Anyway, lagi ramai kawan, kan ke lagi bagus. At least makin bertambah le orang yang akan sedekahkan aku Al-Fatihah bila dah takde nanti. Betul tak?
- Dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik – As you all know, sebahagian dari hasil jualan ebook telah aku infaqkan untuk rumah anak-anak yatim yang mempunyai akaun nombor 558079202536 di Maybank dan inilah sebahagian dari impian aku dari dulu. Aku ingat kalau aku tak buat blog, takkan ada la ebook aku dan kalau ebook aku tak terhasil, agak kurang la peluang aku untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ni. Anyhow, thanks to those yang beli ebook aku. Semoga duit yang korang laburkan itu akan dibalas dengan ganjaran pahala yang lebih besar di akhirat nanti. Amin.
Apa pulak yang aku harapkan untuk setahun yang akan datang?
- Penghasilan post-post dan ebook-ebook yang lebih bermutu buat korang semua.
- Rebranding web bicarahartanah.com yang lebih elegan dari yang sedia ada.
- Dapat membuang emas yang ada kat dalam mulut aku supaya korang boleh dengar sendiri dari mulut aku tentang cara aku melabur (conduct seminar la tu).
- Mendapatkan jumlah follower dan trafik yang makin bertambah terutamanya dari kalangan awek.. hahaha.
- Dan yang paling penting ialah dapat menghasilkan lebih ramai ‘Man Kuala’ di masa akan datang, insyaallah.
AE : Korang doa-doakan le impian dan harapan aku akan termakbul nanti.
Salam abangensem. Terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu bro kepada kami. Kira banyak la amal jariah yang bro dapat, insha-Allah.
Farid Adam recently posted..Leasehold − Good Or Bad Investment
Ala bang, sikit je ilmu yang aku ada..
syabas ae.
blogging ni mmg best.. esp bercakap tentang minat dan ilmu yg kita pakar.
ramai pulak yg dapat manfaat dr penulisan ae.. insya allah itu semua ilmu yg pembaca manfaatkan yg akan ae bawak buat bekalan nnt.
propertywaltz.com recently posted..domain 4 launching tomorrow
Sis pun apa kurangnya..
congrats bro. keep up the good work. aku datang tetiap hari.
matjoe recently posted..Contest- Azam tahun 2011
Sama la. Aku pun tiap2 hari datang blog ko.
tahniah AE.. walopon sy x follow setahun lepas, dalam masa 3 hari sy khatam semua posts.. keep it up. ~mau jadi man kuala ke2~
3 hari? Dahsyat tu bro..
biasa ar.. mau berjaya.. insyaAllah
salam.. wahh … tahniahx3, berkat sungguh hidup AE, kongsi ilmu, bersedekah dan ramai kawan ( termasuk sya silent reader). Jumaat lepas terjumpa AE kat pelita jln ampang. Nampak AE naik ke surau, Ingat nak berjemaah maghrib bersama . Bila naik ke surau tak nampak pulak AE. Aku bermimpi kee?
Biaq betui bro. Aku naik tengok cuma ada pekerja pelita je yang berjemaah dengan aku.. huhuhu.
Dengan cara berblog boleh menambah macam-macam termasuk kawan2, link, traffic dan juga pendapatan. Kalau pendapatan dari Internet dah boleh bayar rumah atau kete sebulan, makner nyer 1 tahun yang berjaya la untuk abang ensem…
Alamak ensem lagi ker…umur dah bertambah tua lagi setahun tu…hee…he
Awek lagi suka orang yang dah berumur. Bukan aku cakap bro tapi awek-awek yang aku kenal yang cakap.. hehehe
Amin!! Kami sama2 mendoakan semoga segala impian & target tercapai heheheheheheh
Ini yang aku seronok ni..
sambil sambil bercuti di Unit TBR milik Satu Solution Resort,
sempat jugak update blog….power betul la lu bro…
Seminar Langkah-2 Hartawan Hartanah kali ini bakal mempersembahkan AE dengan info yang lebih padat!
tuanbri recently posted..Stesen LRT Kuala Lumpur-Part 2
Habis tu dah game Man U vs Chelsea dibatalkan, mengarang la jawabnya..
“Rebranding web bicarahartanah.com yang lebih elegan dari yang sedia ada.”
Elegan??? aku lagi suka santai macam dolu-dolu.
Lu suka bro?? Macam tak caya je.. hehehe
hang bikin gua lg semangat nak kayuh dunia harta+tanah nie…
anyway hope same2 bleh maju utk kaum bumi mcm kita nie di tnh sendiri….
tahniah bro…semoga bertambah maju dan dpt meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa se-agama utk sama2 berdiri sama tinggi dgn kaum lain..bravo!!
keep it up.. great job!!!