Setahun Sudah Berlalu

Siapa sangka pejam celik pejam celik dah setahun aku dok pusing satu Malaysia mengusung slide siri-siri seminar hartanah aku. Beberapa bandar seperti Kepala Batas, Taiping, Johor Bahru, Kuala Terengganu sehinggakan Bandar Kuching telah aku jelajahi. Semuanya semata-mata untuk berkongsi tips dan teknik pelaburan hartanah demi memenuhi permintaan korang semua.

Masih terbayangkan bagaimana gabranya aku semasa kali pertama sampai ke Seri Malaysia Kepala Batas bersama Tuan Bri untuk penampilan sulung aku di dalam penjelajahan ini. Itu belum lagi betapa penatnya menghabiskan perjalanan untuk keluar dari negeri Johor yang aku rasakan teramat jauh usai seminar hartanah edisi Selatan di Johor Bahru.

Seminar Hartanah Kuala TerengganuTak cukup dengan itu keseronokan mencari tempat makan semasa berada di Taiping ternyata menyebabkan ‘lemak kekal’ terus bermastautin di bahagian abdomenku. Tak kurang juga pengalaman mengayat awek di Pasar Payang ketika Brader Mil memborong kain batik dan adegan tawar-menawar selama 1 jam di kedai berhadapan Waterfront Kuching oleh bankerku sehinggakan aku yang tidak membeli pun turut mendapat free gift dari tokey kedai. Semuanya masih terpahat dalam ingatan aku dan akan terus menjadi kenangan manis dalam siri jelajah seminarku.

Seminar Hartanah Kuala TerengganuEsok, satu lagi siri seminar luar Lembah Kelang bakal aku teruskan dan ianya menjadi seminar kedua terakhirku sebelum Kota Kinabalu. Selepas itu, aku berhasrat untuk bersara dari penganjuran siri seminar di luar Lembah Kelang, sebaliknya aku hanya ingin fokus kepada siri seminar di Shah Alam. Justeru, aku mohon korang redha dengan keputusan aku kali ini dan bagi mereka yang telah meng’sms’ dan PM aku bertanyakan “Kenapa?”, aku hanya mampu untuk berkata, “Ada beberapa urusan yang telah menghadkan masa untuk aku serius seperti sebelumnya”.

AE : Moga-moga tidak ada yang akan menjemputku lagi sebagai speaker jemputan selepas ini.

3 Comments

  1. anuar November 23, 2013
  2. kaykillua November 23, 2013
  3. Farid Adam November 23, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge